Welcome!


Followers

MIA


Thursday, October 7, 2010

Menjejak Dewasa-Amir Batrisya..

Assalamualaikum wbt..

Birthday oh Birthday!!..

Kali ni nak story sikit pasal birthday si dia ni..
Siapa??...
Amir Batrisya la..wah!..sedap nama tu...
Tapi nama sebenar dia Amirul Ridzuan Bin Abdul Rahman..
Amir Batrisya tu nama pena or nama glamour dia jer..
Huhu..

Hari kelahiran dia pada 4 Oktober..
So kami antara kawan yang rapat ngan dia kat UPSI ni sambut la sikit..
Aku Kenal dia dari Sem 1 lagi..Dah 3 sem kami berkawan..(",)
Macam2 kami plan sebenarnya, nak bagi kejutan..
Yang sibuk merangcang aku, wan dan moris..
Mula2 nak sambut antara kami2 je..
Tapi dapat link dengan geng2 Debat..lagi Havoc kejutan tu..

Lepas je abis kelas Tenis malam tu,
Aku ngan wan bergegas balik..takut terlambat..
Dah janji dengan Kak Aini nak buat kejutan sama2..
Kami bancuh telur+bedak untuk siram amir malam tu..
Hahahahahaha...x jahat pun!..
Sebab bila time birthday orang lain,
Si Amir ni paling suka siram orang..
Dengan air sejuk la, air coke la...
Wan dan moris pernah kena..
Aku?..Of course x kena..hahahahaha...

Lepas dah amik kek kat kedai bawah tu..
Kami berjalan ke arah Birthday Boy..
(hasil bantuan kak nad-senior debat)..
Masa tu amir kat jamuan hari raya Abang Rizal..
Kat area Bahtera Arked!..memang dia x perasan kami datang dari belakang..
Lepas betul2 kat belakang dia, kami ramai2 nyanyi lagu birthday tuk dia..
Hahaha...memang terkejut muka dia masa tu..
Lepas tu bermandi tepung la amir malam tu..
Tu geng2 debat yang baling tepung, kamu siram dengan ramuan kami la (telur+ bedak)..
Hahahaha...habisla baju dia, muka dia..
Tapi makin cantik lepas kena siram..
Rahsia ramuan moris tu....

Menjerit dia malam tu..
Terkena sudah!..Lain kali jangan suka kenakan orang..hihi..
Kira menjadi la plan kami malam tu..
Thanks geng2 debat, sudi bekerjasama..
Tahun depan kita humban Si Amir dalam sungai plak..hahahaha..Ok?..
Ok la..
Emm..Buat Amir..Selamat Hri Lahir, Selamat Menjejak Kedewasaan, Dan Selamat semuanya..Dunia Dan Akhirat..
Friends Forever!..

*Lepas tu kami semua makan pizza lak..dapat pulak french fries free..
huhuhuhu...('',)

Sekian..

Amir Batrisya-Birthday Boy!..

Selepas Di Make-Up!..Terkena Jua!..

HAPPY BIRTHDAY MY FRIEND!..
HafidzHamzah..

Sunday, October 3, 2010

Kunjungan Ke Rumah Anak Yatim..

Assalamualaikum..wbt..
Salam Penyayang...

Setitik Impian Sejuta Kasih!..

Kali ni Kelab Penyayang UPSI berkunjung pula ke Rumah Anak Yatim..
Bertempat di Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang..
Kami bertolak jam 11.00 pagi..
Tiba di sana kami disambut mesra anak2 di situ..
Sememangnya mereka amat mengharapkan kunjungan orang luar..
Untuk berkongsi kasih, kegembiraan..dan sebagainya..

Diketuai Afzan sebagai Pengarah Program..
Kami melakukan aktiviti untuk menghiburkan anak2 di situ..
Ternyata mereka agak gembira..
Jutaan terima kasih buat Wan Segar yang menceriakan aktiviti petang tu..
Anak2 di situ ternyata gembira..

Mereka agak sukar untuk dikawal..
Biasa la kan, budak2..
kita dulu2 pun macam tu jugak..
Apa yang boleh dikatakan, kami semua gembira..
Mereka ternyata sangat mengharapkan perhatian,
kasih sayang..daripada masyarakat..

Bagi yang masih mempunyai Ibu Bapa,
Bersyukurlah..
Thanks pada semua yang menjayakan program kali ni..
Diharap Program2 Penyayang akan datang dapat dilaksanakan juga..

Sekian~(",)
Bakti Untuk Semua..



Anak-Anak Siraman Kasih..

Adik Anas, Cute kan?..

Kami Penyayang.. Nik Ira, Jannah, fifie, Moon..

Tarian Sufi-Anak2 Siraman Kasih..

Aku dengan mereka..

Thursday, September 30, 2010

" Ladies First"..Istilah Hangit Buat Aku Hari Ni!..


Assalamualaikum...wbt..

Rabu, 29 September 2010..

Awal aku bangun hari ni..
Semata-mata kerana En Kamal..
Siapa En Kamal??...
Beliau Pensyarah bagi subjek Sejarah Eropah..
Hari ni Beliau adakan Test untuk kami..
Jadi gopoh gapah la nak baca note..
Pengajaran bagi yang study last2 minit cam aku nih!..

Tapi bukan tu yang aku nak cerita kali ni...
Tapi kali ni nak cerita sikit pasal ' Perempuan'..
Bila sebut je perempuan macam2 gambaran yang terlintas kan..
Tapi bargantung pada 'taste' masing2 la suka perempuan macam mana..
Istilah " Ladies First" pun tak asing dengan perempuan..
Jadi Lelaki buat2 gentleman la depan perempuan..
Hurm..

Apa yang aku nak cerita begini..
Tadi aku ke kedai untuk print nota En Kamal tu..
Kedai tu memang penuh..
Yelah, masing2 sibuk nak print tugasan..
Minggu hantar tugasan la katakan..
PC kat situ pulak tak banyak..
Sabar je la aku tunggu..

Punya la lama aku tunggu, tiba2 datang sorang perempuan tu potong line aku..
Masa tu kawan dia la kot tengah guna PC depan aku tu..
Bila kawan dia dah siap print, selamba monyet je dia guna PC tu..
Padahal aku kat situ berdiri macam orang bodoh menunggu!..
Memang kurang ajar la perempuan macam tu..
Kalau adik aku dah lama aku hempuk kepala dia..
Dah la buat muka tak besalah..
Macam bagus jer..
Sempat aku intai sikit maklumat dia..
Pelajar semester 3, dari Fakuti Bahasa..
Emm..tapi sayang, memang tak berbudi bahasa langsung!..
REJECTED!!!!!...

1.50 p.m..

Aku ngan wan nak ke kampus..
Hantar paper work pada penasihat kelab..bz la kononnya..
Masa tu student memang ramai kat tempat menunggu bas..
Nak kejar kelas pukul 2..
Bas pulak tak banyak masa tu..
Jadi adegan berebut-rebut bas biasa la berlaku..
Dah mengalahkan budak sekolah rendah bakal2 cikgu ni..
Perempuan pun sama hebatnya..
Sampai aku terhimpit2 kat tengah2 mereka..
Ada yang menjerit, marah2..
Memang la panas..tapi orang lain pun sama..
Tak perlu la nak menjerit-jerit..
Anda yang datang lambat sepatutnya diam jer..
Lagipun anda perempuan..
Beradab la sikit..
Mana ciri2 wanita anda!..

7.00 p.m..

Selesai kelas akaun aku terus bergegas pulang..
Hari macam nak hujan, takot kebasahan..
Agak lengang kat perhentian bas tu..
Tak ramai pelajar..dah ramai yang balik agaknya..
Tapi dalam bas memang penuh..penuh dengan perempuan..
Aku terpaksa berdiri la masa tu..
Sampai kat kolej, seorang 'perempuan' tu beria-ia nak turun..
Dia dapat tempat duduk, tapi bergegas nak turun awal..
Apa salahnya bagi orang yang berdiri turun dulu..
Tak lari kolej dikejar..
Dia boleh pulak mencelah dengan laju depan aku..
Nasib baik aku sempat undurkan diri..
Kalau tak tersentuh la ape yang tak patut disentuh..
Geram betul aku..
Lepas tu boleh dia pandang aku dengan muka yang sinis..
Macam bagus jer..Tapi nasib baik tak tersentuh..
Kalau tak pikir orang nak ambil kesempatan pula..
Muka bukan cantik pun, tak de yang hingin nak amik!..
Kalau cantik, tapi perangai buruk pun tak guna jugak..
Buang karan jer!..

Emm.. Tak faham dah dengan perempuan sekarang ni..
Mungkin istilah "Ladies First" la yg menyebabkan perempuan sekarang makin berubah..
Bukan nak diskriminasi, sekadar berkongsi pengalaman..
Tapi buat perempuan2 baik tu kekalkan sikap baik anda..
Jangan buat perkara yang boleh buat orang menyampah tengok..

Sekian Sudah~..
HafidzHamzah..

Wednesday, September 15, 2010

Salam Lebaran Dari Hafidz..(",)

Assalamualaikum..
Yeeyeyeeyeye!..Raya datang lagi...

Salam Aidilfitri...
Bila raya ada la cerita kan..
Tapi terlambat sedikit nak story ni..
Semua tau kan raya kali ni hari Jumaat..
10 September 2010, 1 Syawal 1431 H..
Sederhana, tapi meriah..

Meriah ke?..heheh..
Boleh la..
Pagi raya macam biasa, Solat Sunat Aidilfitri..
Setahun sekali kan..Berkat tu..
Seperti biasa Solat di Masjid Kampung Sentol Patah..
Kampung sebelah atuk..
Tapi tahun ni masjid tak penuh, tak seperti tahun lepas..
Ramai yang uzur kot..huhu..

Selesai Solat raya..
Kunjung mengunjung umah saudara mara..
Banyak juga rumah yang kena serang pagi tu..
Penuh 'Tangki' hari tu..
Macam2 yang disumbatnya...
lemang, ketupat, rendang, nasi minyak
sate, kek, mee kari, puding, nasi himpit..
kuih raya lagi..Adoiii bikin meragam perut...

Setahun Sekali..
Dapat jugak jumpa ramai sedara mara..
Ade jugak yang aku x kenal..
Ramai sangat..
Anak sape ntah..hahahaha...
Tapi best kan dapat kumpul ramai2..
Makan ramai2..
Siap dapat duit raya lagi..
Dan masih menunggu sape2 nak bagi duit raya..
hahahaha...
Hurm..Best3..

Raya kali ni member2 yang rapat ngan aku tak datang umah aku...
Sangat berkecil hati..Tahun2 lepas aku pergi je rumah dorang..
tp takpe la..suka hati korang la..
Yang suam2 kuku ade la datang..thanks ye..
Best kan raya umah aku?..ahahahaha...
Siap dapat duit raya lagi, walaupun bukan duit aku..(",)
Tahun depan datang lagi k..

Tahun ni juga takde gambar raya yang diambil..
takde mood nak bergambar..
tp takpe, gambar2 lain ade..
hehehe...
Bagi yang memenuhkan inbox fon aku tu thanks juga..
korang ingat juga kat aku kan..
thanks..thanks..thanks....
Sori kalau ade yang tak sempat nak balas..
Balas tahun depan k..hahahaha..

Dah tak tau nak cerita pe lagi ni..
Cukur rrrr...
Nak sambung beraya..hahaha..
Kalau nak tambah pape nanti aku edit..hahaha..
Ok la..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..(",)

HafidzHamzah



Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal..

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat berpuasa di hari terakhir Ramadhan..
Alhamdulillah, Semoga tahun ni sempat ke penghujung Ramadhan..

Rasanya Ramadhan kali ni begitu cepat berlalu..
Sekejap je, dah sampai ke penghujungnya..
Banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ni..
Ada yang manis, dan ada juga yang pahit..
Tapi apa yang penting Ramadhan mengajar kita banyak perkara..
Mengajar untuk jadi insan yang sabar, menjadi insan yang kuat,
Mengajar kita untuk bersyukur, bersederhana dan banyak lagi..
Tapi adakah amalan kita sepanjang Ramadhan ni diterima?..InsyaAllah..
Semoga segala ibadah kita diterimaNya..

Mengimbau kenangan sepanjang Ramadhan 1431 H..
Ramadhan kali ni seperti juga tahun lepas..
Banyak dihabiskan di kolej..Biasa la student kan..hurm..
Sedikit berbeza juga kerana kali ni lebih kerap bersahur berbanding tahun lepas..
Juadah sahur: roti ngan air masak je..huhu..xde masa nak masak..
Berbuka juga tak pernah di rumah (kolej) sendiri..
Sering di rumah seorang sahabat, Mohd Shahswan Nizam..
Thanks padanya yang selalu menjadi teman berbuka..

Memang sentiasa sederhana sepanjang Ramadhan ni, save kot..hehehe..
Tapi sempat juga berbuka bersama teman2 lain..
Idris, Amir, dan teman2 rumah mereka..
Titipan salam buat saudara Khairul Afzan.. Semoga sembuh seperti sediakala..
Tak sempat berpuasa bersama kali ni..
Kesihatannya x Mengizinkan..
Sepanjang Ramadhan juga masing2 sibuk..
menyiapkan assgment yang perlu dihantar sebelum Raya..
Ramai yang tertekan..aku juga(kadang2)..
Tapi sempat disiapkan..
thanks pada yang membantu...

Esok dah nak Raya..
Cepatnya masa berlalu..
Persiapan macam mana..
Kali ni Raya memang sederhana..
Mood nak raya pun sederhana, tak seperti tahun sebelumnya..Tak tau ape silapnya..
Tapi Lebaran kan hari bahagia, semoga membawa kebahagiaan kepada semua..
Jiran2 yang bekerja @ belajar di perantauan pun dah ramai yang balik..
Beraya bersama keluarga..
Tak sabar juga nak merasa juadah raya,
Lemang, ketupat, rendang..emmm...sedap..
Juadah biasa mak: nasi himpit kuah kacang, nasi minyak, rendang..Fuhhh...
Sedapnya..




Raya kali ni agak2 dapat lagi ke duit raya?...Hahaha..
Ada kot yang nak bagi kan..



Akhir kata,
Salam lebaran buat semua..
Buat ahli keluarga, saudara mara, sahabat..
Dan sesiapa sahaja yang mengenali..
Salam lebaran buat teman yang tak dapat pulang beraya..Sabar ye..



Harap kali ini bukan Ramadhan terakhir..
Semoga Berjumpa lagi Dengan Ramadhan seterusnya..
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H..
Semoga Aidilfitri membawa kebahagiaan buat semua..
Wasalam...

HafidzHamzah..



Thursday, August 26, 2010

Ku Teruskan...

Salam Ramadhan..

Wah..agak lama tak update blog ni..
Bukan ape, keadaan tidak mengizinkan..
Selain kekangan masa yang tak menentu..

Kehidupan aku kini seperti biasa..
Sibuk dengan kuliah dan tugasan assignment..
Melambak-lambak ni tak siap..
Tapi rasa rindu nak menulis di sini..
Curi masa seketika untuk lepaskan rindu ni..

Sebelum terlupa salam Ramadhan aku ucapkan buat semua..
Ku kira memang terlambat ucapan tu..
Tapi tetap nak ucap..hehe..
Sekarang memang sibuk, siapkan assignment En. Kamal..
Sejarah Eropah-Biografi Robert Boyle..
Perjanjian Westphalia juga..Ape Tu???
Nama yang sungguh asing ku kira..

Cabaran sem 3 sangat besar sebenarnya..
Kelas Minor ku juga susah..
Belajar Akaun Dan Marketing..
Tapi Itulah cabaran bukan..
Mana boleh mengalah sebelum berjuang..
Ku Teruskan juga walau sesukar mana..

Ramadhan kali ni juga kurasa seperti Ramadhan sem 1..
Berpuasa, Berbuka, Bersahur...semua di KHAR..
Bersama teman seperjuangan..
Dugaan Ramadhan juga banyak kali ni..
Tapi kata orang semua yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Akan ku tunggu Hikmah itu..

Rasa rindu akan keluarga dan teman2 di kampung..
Meluangkan masa bersama mereka..
Satu saat indah sebenarnya..
Masih menghitung hari untuk pulang bersua dengan mereka..
Mak, ayah, adik2, akak..
Tak lupa teman2 yang setia bersama susah dan senang..
Aku merindui gurau dan senda kalian..
Nantikan kepulangan ku..

Pabila Ramadhan berlalu, semestinya Syawal pula yang tiba..
Terasa seperti semalam baru Ramadhan berkunjung..
Cepat benar masa berlalu sekarang..
Yang pasti semuanya kuteruskan dengan tabah..
Semoga aku berjaya ke PENGHUJUNGNYA...
Al-Fatihah buat teman2 yang telah pergi selamanya..
Buat Allahyarham Atuk Dan Nenek, aku merindui pelukan hangat seperti dahulu..
Semoga Ramadhan kali ini memberi Cahaya kepada semua..Amin..

HafidzHamzah

Tuesday, August 3, 2010

Erti Sahabat!..Masihkah Ada Nilainya?..

Sahabat..
Mengapa Kau Pergi..
Tinggal Aku Sendiri..
Kau Tahu Ku Tak Sanggup..


Sahabat..
Ingatlah Kau Selalu..

Jadi Yang Terbaik..

Walau Kau Tak Di Sini Lagi..


Sahabat..

Aku Rindu Padamu..

Datang Walau Sesaat..

Ku Ingin Kau Hadir..

Suka sangat lagu ni..
Lagu Nyanyian Aizat..

Kadang2 bila teringatkan sahabat akan dengar lagu ni..

SAHABAT..

Tentang Sahabat~Birthday Wan, Sem 2..

Banyak yang boleh dibicarakan mengenai sahabat..

Segalanya bermula dengan satu perkenalan..
Berputik menjadi rasa, kasih dan sayang..

Sahabat bukan untuk dipinta-pinta..
tapi cukuplah dengan memberi dan menerima seadanya..
Kehidupan yang penuh liku bukan untuk menyusahkan kita..
Tapi itulah cabaran yang boleh mematangkan kita..

Sahabat juga begitu, mengajar kita erti sebuah ikatan..

Sahabat juga mengajar aku menjadi insan yang lebih cekal, tabah, kedewasaan..
Tapi kadang2 Sahabat juga yang membuat kita memendam rasa..
Lidah aku kelu kadang2 bila berbicara mengenai sahabat..
Banyak sangat yang yak boleh diluahkan dengan kata2, cukup sekadar dengan rasa..


Walaupun aku tidaklah mempunyai sahabat yang ramai,
tapi cukuplah aku ada sahabat yang memahami dan menerima aku seadanya...

Aku juga seperti insan2 lain, punya kelemahan dan tak terlepas dari melakukan kesilapan..

Tapi kini Erti Sahabat yang kami sama2 bina seakan-akan sudah goyah..

Tak tahu di mana silapnya..

Aku merindui saat2 dahulu..

kami sentiasa bersama, berkongsi segalanya..
Kami Bahagia, tak peduli la ape orang nak kata..

Tapi aku cuba memahami situasi sekarang..
Minat dan kecenderungan kami berbeza..

Aku tak akan sesekali menghalang apa yang diimpikan sahabat2 aku..

Bagi aku kebahagiaan mereka juga adalah kebahagiaan aku..

Aku akan sentiasa ada untuk mereka..

Walau sesibuk mana aku..
Masa bersama sahabat aku rasa kenangan indah dalam hidup..

Selagi aku hidup, aku akan selalu ada untuk kalian semua..
Aku sayang kalian..


Tentang Sahabat~ Birthday Aku Dan Afzan, Sem 1..

Agaknya masih ada lagi saat2 seperti dahulu?..
Sememangnya aku ingin mengembalikan saat2 itu..
Kami sentiasa bersama..suka dan duka..

Tapi apa yang penting jalinan ikatan antara kita tetap ada..

Tak mungkin terputus hingga akhir hayat kita..
Bagi aku kalian tetap di hati..
Menjadi Sahabat aku dunia dan akhirat..

Walaupun aku mungkin jauh di mata kalian..
Doa dan harapan aku tetap bersama kalian setiap selesai sujudku..
Dan walaupun masa kita bersama singkat,
namun saat itu tetap berharga..

sahabat bukan seperti harta, boleh dijual beli..
Tapi ia satu ikatan yang dibina atas dasar kepercayaan, kejujuran, kasih sayang...

SAHABAT
..


Kenangan Indah Sem 1..

Ingatlah bahawa kalian umpama jantung..

mengalirkan darah dalam tubuh untuk aku terus hidup..
Tanpa kalian tidak mungkin aku seperti sekarang..

Dan ingatlah aku sentiasa ada untuk kalian..
Hanya maut yang bisa memisahkan kita..


Mereka Teman, Mereka Sahabat..
Kekal Dunia Dan Akhirat..

Sahabat Sejati, Kekal Abadi..
HafidzHamzah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails