Welcome!


Followers

MIA


Monday, December 6, 2010

Malam Terakhir Kami..

6/12/2010..
Malam ni malam terakhir kami bersama di kolej..
Bukan untuk selamanya, tapi untuk tahun 2010 ni..
Nak akhir betul2 lambat lagi..InsyaAllah..
Kami tak buat ape2 projek pun malam ni..
Lepak2 je kat kolej ni, sebab kat luar hujan..
Hurm..Tahun depan baru jumpa lagi..

Baru lepas makan sebenarnya, Makan pe?..


Megi je..huhu..save budget katenya..
Tapi seronok pulak, bila jarang2 makan kan..
Nak pula bila makan ramai2..
Ramai ke?..Bertiga je kot..hahahaha..perasan ramai je..
Bersama Wan dan Moris..
Amir meeting, so dia x join ler..

Petang tadi kami ke kampus..
Nak settlekan urusan jadual kami sem depan..
Tapi....
Tak selesai2 jugak..
Geramnya......
Sabo je la sob!..huhuhuhu...
Kami cuba lagi la sem depan..
lepas asar pula kami lepak2 lak tepi sungai tu..
Ambil angin petang..
Sambil makan jagung..Sedap!..


Besok aku dah nak balik kampung..
Meninggalkan Kolej tercinta ni..huhuhu..
Entah dapat bersua atau tak tahun depan..

2011


InsyaAllah..moga dapat bersua lagi..
Banyak kenangan di sini..
Ada yang manis, pahit, masam, hangit..
Macam2 rasa dan bau ader..hahaha..

Semoga segala urusan dipermudahkan besok..
Semoga selamat semuanya..
Amin...

HafidzHamzah..


Kadar jangkitan HIV tertinggi di Kelantan!..



KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.


Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.
“Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes). “Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini,” katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan. Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.

Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini. “Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan. “Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV),” katanya. Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan.

Sumber-Berita Harian..

Sunday, December 5, 2010

Aku Penat!..

Baru je selesai kemas barang2 aku..
Kan semester ni dah habis..
Jadi semuanya kena masuk dalam stor la..
Tu la keje kami tiap kali sem berakhir..
Bungkus semuanya, humban dalam stor!..
Sem depan maybe dapat rumah lain, bilik lain, roomate pun lain..
Hurmmm....


Agak penat sebenarnya..
Nasib baik la barang aku x banyak..
Ada la dalam 3 beg besar..hua3..
Penat kot nak mengemas..
Dari pagi sampai petang baru siap!..


Exam pun dah habis..
Harap dapatlah fesults yang OK!..
Sem 3 ni pun pantas berlalu..
Kejap je dah habis..
Melangkah ke sem 4 lagi banyak cabaran yang menanti..InsyaAllah boleh hadapi..
Kepala pun agak ringan lepas dah habis exam ni..
Suka sangat2..hahaha..


Kat kolej pun dah tak ramai student yang tinggal..
Ramai yang dah balik kampung..
Jadi yang tak balik lagi ni buat kecoh2 la kat kolej ni..
huhahuhahuha..ape2 la korang..
Asalkan korang bahagia dahla..

Ok la memang sangat penat..
Nak baring pun tak sempat..
Belakang dah rasa sakit..
Nak pi mengurut boleh?..hehehe..
Ok la..
Wasalam...

HafidzHamzah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails