Welcome!


Followers

MIA


Thursday, August 26, 2010

Ku Teruskan...

Salam Ramadhan..

Wah..agak lama tak update blog ni..
Bukan ape, keadaan tidak mengizinkan..
Selain kekangan masa yang tak menentu..

Kehidupan aku kini seperti biasa..
Sibuk dengan kuliah dan tugasan assignment..
Melambak-lambak ni tak siap..
Tapi rasa rindu nak menulis di sini..
Curi masa seketika untuk lepaskan rindu ni..

Sebelum terlupa salam Ramadhan aku ucapkan buat semua..
Ku kira memang terlambat ucapan tu..
Tapi tetap nak ucap..hehe..
Sekarang memang sibuk, siapkan assignment En. Kamal..
Sejarah Eropah-Biografi Robert Boyle..
Perjanjian Westphalia juga..Ape Tu???
Nama yang sungguh asing ku kira..

Cabaran sem 3 sangat besar sebenarnya..
Kelas Minor ku juga susah..
Belajar Akaun Dan Marketing..
Tapi Itulah cabaran bukan..
Mana boleh mengalah sebelum berjuang..
Ku Teruskan juga walau sesukar mana..

Ramadhan kali ni juga kurasa seperti Ramadhan sem 1..
Berpuasa, Berbuka, Bersahur...semua di KHAR..
Bersama teman seperjuangan..
Dugaan Ramadhan juga banyak kali ni..
Tapi kata orang semua yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Akan ku tunggu Hikmah itu..

Rasa rindu akan keluarga dan teman2 di kampung..
Meluangkan masa bersama mereka..
Satu saat indah sebenarnya..
Masih menghitung hari untuk pulang bersua dengan mereka..
Mak, ayah, adik2, akak..
Tak lupa teman2 yang setia bersama susah dan senang..
Aku merindui gurau dan senda kalian..
Nantikan kepulangan ku..

Pabila Ramadhan berlalu, semestinya Syawal pula yang tiba..
Terasa seperti semalam baru Ramadhan berkunjung..
Cepat benar masa berlalu sekarang..
Yang pasti semuanya kuteruskan dengan tabah..
Semoga aku berjaya ke PENGHUJUNGNYA...
Al-Fatihah buat teman2 yang telah pergi selamanya..
Buat Allahyarham Atuk Dan Nenek, aku merindui pelukan hangat seperti dahulu..
Semoga Ramadhan kali ini memberi Cahaya kepada semua..Amin..

HafidzHamzah

Tuesday, August 3, 2010

Erti Sahabat!..Masihkah Ada Nilainya?..

Sahabat..
Mengapa Kau Pergi..
Tinggal Aku Sendiri..
Kau Tahu Ku Tak Sanggup..


Sahabat..
Ingatlah Kau Selalu..

Jadi Yang Terbaik..

Walau Kau Tak Di Sini Lagi..


Sahabat..

Aku Rindu Padamu..

Datang Walau Sesaat..

Ku Ingin Kau Hadir..

Suka sangat lagu ni..
Lagu Nyanyian Aizat..

Kadang2 bila teringatkan sahabat akan dengar lagu ni..

SAHABAT..

Tentang Sahabat~Birthday Wan, Sem 2..

Banyak yang boleh dibicarakan mengenai sahabat..

Segalanya bermula dengan satu perkenalan..
Berputik menjadi rasa, kasih dan sayang..

Sahabat bukan untuk dipinta-pinta..
tapi cukuplah dengan memberi dan menerima seadanya..
Kehidupan yang penuh liku bukan untuk menyusahkan kita..
Tapi itulah cabaran yang boleh mematangkan kita..

Sahabat juga begitu, mengajar kita erti sebuah ikatan..

Sahabat juga mengajar aku menjadi insan yang lebih cekal, tabah, kedewasaan..
Tapi kadang2 Sahabat juga yang membuat kita memendam rasa..
Lidah aku kelu kadang2 bila berbicara mengenai sahabat..
Banyak sangat yang yak boleh diluahkan dengan kata2, cukup sekadar dengan rasa..


Walaupun aku tidaklah mempunyai sahabat yang ramai,
tapi cukuplah aku ada sahabat yang memahami dan menerima aku seadanya...

Aku juga seperti insan2 lain, punya kelemahan dan tak terlepas dari melakukan kesilapan..

Tapi kini Erti Sahabat yang kami sama2 bina seakan-akan sudah goyah..

Tak tahu di mana silapnya..

Aku merindui saat2 dahulu..

kami sentiasa bersama, berkongsi segalanya..
Kami Bahagia, tak peduli la ape orang nak kata..

Tapi aku cuba memahami situasi sekarang..
Minat dan kecenderungan kami berbeza..

Aku tak akan sesekali menghalang apa yang diimpikan sahabat2 aku..

Bagi aku kebahagiaan mereka juga adalah kebahagiaan aku..

Aku akan sentiasa ada untuk mereka..

Walau sesibuk mana aku..
Masa bersama sahabat aku rasa kenangan indah dalam hidup..

Selagi aku hidup, aku akan selalu ada untuk kalian semua..
Aku sayang kalian..


Tentang Sahabat~ Birthday Aku Dan Afzan, Sem 1..

Agaknya masih ada lagi saat2 seperti dahulu?..
Sememangnya aku ingin mengembalikan saat2 itu..
Kami sentiasa bersama..suka dan duka..

Tapi apa yang penting jalinan ikatan antara kita tetap ada..

Tak mungkin terputus hingga akhir hayat kita..
Bagi aku kalian tetap di hati..
Menjadi Sahabat aku dunia dan akhirat..

Walaupun aku mungkin jauh di mata kalian..
Doa dan harapan aku tetap bersama kalian setiap selesai sujudku..
Dan walaupun masa kita bersama singkat,
namun saat itu tetap berharga..

sahabat bukan seperti harta, boleh dijual beli..
Tapi ia satu ikatan yang dibina atas dasar kepercayaan, kejujuran, kasih sayang...

SAHABAT
..


Kenangan Indah Sem 1..

Ingatlah bahawa kalian umpama jantung..

mengalirkan darah dalam tubuh untuk aku terus hidup..
Tanpa kalian tidak mungkin aku seperti sekarang..

Dan ingatlah aku sentiasa ada untuk kalian..
Hanya maut yang bisa memisahkan kita..


Mereka Teman, Mereka Sahabat..
Kekal Dunia Dan Akhirat..

Sahabat Sejati, Kekal Abadi..
HafidzHamzah..

Monday, August 2, 2010

3 Minggu Pertama Di Tahun 2..

Meniti kehidupan di Universiti memeng penuh dengan kenangan..
Begitu jua dengan kehidupan aku..
Bermula dari bangun tidur, hinggalah masuk waktu tidur lagi semua itu adalah kenangan dalam hidup aku..
Namun sebagai insan biasa yang lemah aku tidak akan terlepas dari kesilapan, namun ade kesedaran untuk memperbaiki kelemahan tersebut..

Kali ini aku akan menceritakan segala yang terjadi dalam tiga minggu pertama pada tahun kedua aku berada di Bumi Suluh Budiman ini, Bumi penuh dengan sejarahnya...

Bermula di sini..

Minggu pertama kuliah agak celaru kerana masih dalam minggu "add drop"..
so ada subjek yang hendah ditambah dan digugurkan..
Hujung minggu tu aku terima pelawaan seorang teman untuk ke kenduri kahwin..
Agak Jauh juga, merentasi Banjaran Titiwangsa..Hehehe..
Kendurinya di Raub, Pahang..
Jadi sempat la bermalam di Raub..
Perjalanan juga sangat menyeronokkan, dikelilingi kehijauan Bumi Tuhan..
Juga merupakan kali pertama aku menunggang motosikal sejauh itu..
Dari Tanjung Malim ke Raub..
Penat Tapi Menyeronokkan..

Suasana Felda..
Aku..Hafidz

Minggu kedua kuliah seperti biasa juga..
Tapi lebih teratur dan lancar aku kira..
Hunjung Minggu kedua aku ke Esset Bangi pula..
Menghadiri Persidangan Kelab Penyayang IPT..
Persidangan selama 3 hari itu sememangnya sungguh bermakna..
Bertambah lagi pengalaman baru..
Di samping teman2 baru..
Pengalaman sebegitu akan tetap aku kenang, dan harap dapat menyertainya lagi..

Bersama Dato' Lela

Kawan2 Baru..

Minggu ketiga pula aku kira minggu yang agak sibuk la..
Banyak assignment sudah mula menerjah..
huh, ape nak buat tugas seorang pelajar..
Namun di hujung Minggunya sangat menarik ye..
Menyertai Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta Perak..
Tempat di mana warga2 emas menghabiskan sisa2 hidup mereka..
Pertama kali aku mengunjungi tempat sebegitu..
Sangat terharu sebenarnya..
Program anjuran Kelab Penyayang UPSI ini sangat menarik..
Diketuai oleh Afzan sebagai Pengarah Program..

Banyak pengalaman sebenarnya berada di sini..
terharu dengan layanan penghuni di situ..
mereka berkongsi cerita, suka dan duka..
Sama2 melakukan aktiviti dengan mereka..
Sangat menghiburkan..

Program Kelab Penyayang UPSI..Bakti Untuk Semua..

Kenangan Bersama Penghuni..

Makcik Yang Sangat Manja..(",)

"Sehari Bersama Sedekad Terasa"..

Aku Rasa cukuplah dahulu..tak nak menyentuh isu2 sensetif ya..
Demi menjaga perasaan orang lain..
Wasalam..

HafidzHamzah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails