Welcome!


Followers

MIA


Tuesday, November 30, 2010

Esok exam lagi..

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Esok exam lagi la..
Akaun pulak tu..

pening bila bab2 mengira ni..

Aku ni sebenarnya tak minat sangat bab2 mengira dan nombor ni..
tapi kalau yang ni aku minat...

Mata Duitan!..

Hehehehehe..

Ape2 pun aku akan cuba buat yang terbaik untuk esok..
Malam ni bersedialah untuk refresh semua..
Mudah2han diberi kelancaran untuk menjawab besok..
Hanya padaNya tempat meminta dan memohon pertolongan..
Amin...

HafidzHamzah..

Thursday, November 25, 2010

H.U.J.A.N!..

Wah!..petang ni hujan lagi..
Sejuk la sikit kan kat bumi Tanjung Malim ni..
Mood nak tidur pun membuak-buak..
Tapi aku tahan juga, tak nak tidur waktu macam ni..
Kata Mak aku, BENGAP nanti..


Jadi sambil layan hujan kat luar taip la entry baru jap..

Banyak kenangan pasal hujan ni buat aku..
Masa kecik2 dulu suka sangat main hujan..
Kalau sehari hujan, sehari tu la aku main kat luar..
Tak peduli dah sejuk ke tak, zaman kanak2 ape kisah..
Balik rumah teruk kene marah..
Asyik basahkan baju jer!..(mak aku cakap)..
bla..bla..bla.....


Kadang2 kesian pula bila pikir2 balik kan..
Dah la musim hujan, baju susah nak kering..
Aku pula suka basahkan baju..
Nak Naked mase mandi ujan malu..hek3..

Masa kat kampung aku main ujan ngan geng2 kampung ler..
Geng2 nakal mase tuh..
Bila masing2 dah besar ni, susah lak nak jumpa..
Entahlah..
Sorang kawan baik kat kampung tu dah meninggal..
KEMALANGAN..
Yang peliknya masa Arwah meninggal aku tak leh nak nangis..
Tak tahu kenapa..
Terkejut mungkin..
Kadang2 rasa macam Arwah ada lagi kat dunia ni..

Hari tu masa pergi kenduri Kahwin kakak Arwah, terpandang bawah rumah dia..
Tempat kami selalu lepak2 kalo xde ape nak buat..
Hmm..Teringat lak..
Semoga Arwah sejahtera di sana..
Al-Fatihah...

Ok la..nak g tengok Air Hujan kat balkoni..
Jom la Kalau nak join..Wink!...
Salam..

HafidzHamzah..

Kuiz di Facebook..

Salam Sejahtera..
Salam Penyayang..Salam 1Malaysia..

Semalam aku sempat mencuba satu kuiz kat dalam FB tu..
Saje2 je sebab bosan kan..Nak bace buku agak malas..
Kuiz ni simple je tapi menarik..

Sifat Anda..Api, Air, Tanah @ Angin?..
Setelah mencuba aku tergolong dalam kumpulan Air..


Wah!..Ni hasilnya..

"Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis".

Part Air mata tu betul ke?..
Hehehehehe..
Betul kot..
Tapi bukan sentimental pasal ape pun,
Kadang2 kalo tengok drama2 yg sedih2 ni aku boleh plak menangis..Hahahaha..
Tapi cover2 la, tak tunjuk depan orang..Hehehe..


Part ketulusan hati (lagu Anuar Zain)..
No komen la, Tak nak puji diri sendiri lak..Tak baik riak..
Kalau bab romantis memang hancus..hahahahaha..
Tanyalah pada yang lebih pakar..

So pasangan air ialah Api..
Mood : Mencari Si Api..Hahahaha..

OK la mood nak main air plak..
Sesuai dengan jiwa kan..
Nak mandi ke basuh baju dulu???....
Hehehehe...
Salam...

HafidzHamzah..

Wednesday, November 24, 2010

Mengumpat


Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat. Selalunya orang akan bercakap begini:
  1. "Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia.."
  2. "Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
  3. "Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?


Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.



Terlebih dahulu, mari kita sama2 fahamkan apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan istilah “mengumpat”. Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan/ kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya yg bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan seseorang biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yg mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya perbuatan mengumpat ini, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudaranya sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah ia merupakan antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Tetapi sebaliknya, dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yg diumpatkan (mangsa umpatan). Selagi orang yg diumpatnya tidak mengampunkannya, maka dosa itu akan kekal bersamanya, dan orang yg mengumpat itu akan menerima pembalasannya di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awasilah dirimu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya berbanding berzina. Sesungguhnya orang yg melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat (mengumpat) tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yg diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Petua Mengelak Mengumpat


Ibnu Abbas pernah berpesan -


1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri


2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.



3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”


4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.


Sumbangan Mr Facebook!..

Pagi Itu Indah..

Alhamdulillah..

Baru je selesai solat Subuh..
Agak terlewat, 6:20 a.m. baru terjaga..
Thanks kepada yang kejutkan..

Seperti Biasa, aku jarang tidur lepas subuh..
So amik peluang ni merapu kejap..
Sempat bertenggek kejap kat balkoni 'apartment' aku ni tadi..
Indahnya suasana pagi..

Cuaca di Bumi Tanjung Malim memang agak sejuk di waktu pagi..
Berkabus..Sejuk dan menyamankan..
Bunyi kicauan burung juga kedengaran..
Sibuk mereka mencari makanan..
Begitu juga manusia, mula keluar mencari rezeki..

~sekadar hiasan~

Lihat di kaki langit..
Cahaya2 jingga kelihatan..
Sungguh indah ciptaanNya..
Subhanallah..

~Sunrise~
HafidzHamzah

Monday, November 22, 2010

Aku Exam!..


Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, baru selesai menjawab paper pertama untuk final sem kali ni..
Tadi Paper Marketing!..
Suasana dewan peperiksaan agak berbeza..
Tak ramai yang aku kenal..
Ramai adik2 (Sem 1)..

Dapat lak tempat duduk no 3..Aduhai depan sangat..
Tapi ok la, org cakap no ganjil ni bertuah..Amin..
Soalan agak mencabar, In English (Bahasa Ibunda kot)..hahahah..
Ade beberapa soalan aku tak berapa faham..Tembak jer ler..
Tapi Hopefully dapat results yang terbaik la..
Tak nak hampakan diri sendiri dan org2 tersayang..
Hehehe..Doa2kan la ye..

Lega sikit rasanya..
Lagi 4 paper menanti..
Sejarah Eropah (26/11)
Akaun (1/12)
Wacana Akademik & 3p (4/11)..
Wish Me Luck!!!!...
Salam...

HafidzHamzah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails