Welcome!


Followers

MIA


Wednesday, November 24, 2010

Mengumpat


Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat. Selalunya orang akan bercakap begini:
  1. "Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia.."
  2. "Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
  3. "Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?


Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.



Terlebih dahulu, mari kita sama2 fahamkan apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan istilah “mengumpat”. Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan/ kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya yg bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan seseorang biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yg mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya perbuatan mengumpat ini, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudaranya sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah ia merupakan antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Tetapi sebaliknya, dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yg diumpatkan (mangsa umpatan). Selagi orang yg diumpatnya tidak mengampunkannya, maka dosa itu akan kekal bersamanya, dan orang yg mengumpat itu akan menerima pembalasannya di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awasilah dirimu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya berbanding berzina. Sesungguhnya orang yg melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat (mengumpat) tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yg diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Petua Mengelak Mengumpat


Ibnu Abbas pernah berpesan -


1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri


2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.



3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”


4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.


Sumbangan Mr Facebook!..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails