Welcome!


Followers

MIA


Thursday, September 30, 2010

" Ladies First"..Istilah Hangit Buat Aku Hari Ni!..


Assalamualaikum...wbt..

Rabu, 29 September 2010..

Awal aku bangun hari ni..
Semata-mata kerana En Kamal..
Siapa En Kamal??...
Beliau Pensyarah bagi subjek Sejarah Eropah..
Hari ni Beliau adakan Test untuk kami..
Jadi gopoh gapah la nak baca note..
Pengajaran bagi yang study last2 minit cam aku nih!..

Tapi bukan tu yang aku nak cerita kali ni...
Tapi kali ni nak cerita sikit pasal ' Perempuan'..
Bila sebut je perempuan macam2 gambaran yang terlintas kan..
Tapi bargantung pada 'taste' masing2 la suka perempuan macam mana..
Istilah " Ladies First" pun tak asing dengan perempuan..
Jadi Lelaki buat2 gentleman la depan perempuan..
Hurm..

Apa yang aku nak cerita begini..
Tadi aku ke kedai untuk print nota En Kamal tu..
Kedai tu memang penuh..
Yelah, masing2 sibuk nak print tugasan..
Minggu hantar tugasan la katakan..
PC kat situ pulak tak banyak..
Sabar je la aku tunggu..

Punya la lama aku tunggu, tiba2 datang sorang perempuan tu potong line aku..
Masa tu kawan dia la kot tengah guna PC depan aku tu..
Bila kawan dia dah siap print, selamba monyet je dia guna PC tu..
Padahal aku kat situ berdiri macam orang bodoh menunggu!..
Memang kurang ajar la perempuan macam tu..
Kalau adik aku dah lama aku hempuk kepala dia..
Dah la buat muka tak besalah..
Macam bagus jer..
Sempat aku intai sikit maklumat dia..
Pelajar semester 3, dari Fakuti Bahasa..
Emm..tapi sayang, memang tak berbudi bahasa langsung!..
REJECTED!!!!!...

1.50 p.m..

Aku ngan wan nak ke kampus..
Hantar paper work pada penasihat kelab..bz la kononnya..
Masa tu student memang ramai kat tempat menunggu bas..
Nak kejar kelas pukul 2..
Bas pulak tak banyak masa tu..
Jadi adegan berebut-rebut bas biasa la berlaku..
Dah mengalahkan budak sekolah rendah bakal2 cikgu ni..
Perempuan pun sama hebatnya..
Sampai aku terhimpit2 kat tengah2 mereka..
Ada yang menjerit, marah2..
Memang la panas..tapi orang lain pun sama..
Tak perlu la nak menjerit-jerit..
Anda yang datang lambat sepatutnya diam jer..
Lagipun anda perempuan..
Beradab la sikit..
Mana ciri2 wanita anda!..

7.00 p.m..

Selesai kelas akaun aku terus bergegas pulang..
Hari macam nak hujan, takot kebasahan..
Agak lengang kat perhentian bas tu..
Tak ramai pelajar..dah ramai yang balik agaknya..
Tapi dalam bas memang penuh..penuh dengan perempuan..
Aku terpaksa berdiri la masa tu..
Sampai kat kolej, seorang 'perempuan' tu beria-ia nak turun..
Dia dapat tempat duduk, tapi bergegas nak turun awal..
Apa salahnya bagi orang yang berdiri turun dulu..
Tak lari kolej dikejar..
Dia boleh pulak mencelah dengan laju depan aku..
Nasib baik aku sempat undurkan diri..
Kalau tak tersentuh la ape yang tak patut disentuh..
Geram betul aku..
Lepas tu boleh dia pandang aku dengan muka yang sinis..
Macam bagus jer..Tapi nasib baik tak tersentuh..
Kalau tak pikir orang nak ambil kesempatan pula..
Muka bukan cantik pun, tak de yang hingin nak amik!..
Kalau cantik, tapi perangai buruk pun tak guna jugak..
Buang karan jer!..

Emm.. Tak faham dah dengan perempuan sekarang ni..
Mungkin istilah "Ladies First" la yg menyebabkan perempuan sekarang makin berubah..
Bukan nak diskriminasi, sekadar berkongsi pengalaman..
Tapi buat perempuan2 baik tu kekalkan sikap baik anda..
Jangan buat perkara yang boleh buat orang menyampah tengok..

Sekian Sudah~..
HafidzHamzah..

Wednesday, September 15, 2010

Salam Lebaran Dari Hafidz..(",)

Assalamualaikum..
Yeeyeyeeyeye!..Raya datang lagi...

Salam Aidilfitri...
Bila raya ada la cerita kan..
Tapi terlambat sedikit nak story ni..
Semua tau kan raya kali ni hari Jumaat..
10 September 2010, 1 Syawal 1431 H..
Sederhana, tapi meriah..

Meriah ke?..heheh..
Boleh la..
Pagi raya macam biasa, Solat Sunat Aidilfitri..
Setahun sekali kan..Berkat tu..
Seperti biasa Solat di Masjid Kampung Sentol Patah..
Kampung sebelah atuk..
Tapi tahun ni masjid tak penuh, tak seperti tahun lepas..
Ramai yang uzur kot..huhu..

Selesai Solat raya..
Kunjung mengunjung umah saudara mara..
Banyak juga rumah yang kena serang pagi tu..
Penuh 'Tangki' hari tu..
Macam2 yang disumbatnya...
lemang, ketupat, rendang, nasi minyak
sate, kek, mee kari, puding, nasi himpit..
kuih raya lagi..Adoiii bikin meragam perut...

Setahun Sekali..
Dapat jugak jumpa ramai sedara mara..
Ade jugak yang aku x kenal..
Ramai sangat..
Anak sape ntah..hahahaha...
Tapi best kan dapat kumpul ramai2..
Makan ramai2..
Siap dapat duit raya lagi..
Dan masih menunggu sape2 nak bagi duit raya..
hahahaha...
Hurm..Best3..

Raya kali ni member2 yang rapat ngan aku tak datang umah aku...
Sangat berkecil hati..Tahun2 lepas aku pergi je rumah dorang..
tp takpe la..suka hati korang la..
Yang suam2 kuku ade la datang..thanks ye..
Best kan raya umah aku?..ahahahaha...
Siap dapat duit raya lagi, walaupun bukan duit aku..(",)
Tahun depan datang lagi k..

Tahun ni juga takde gambar raya yang diambil..
takde mood nak bergambar..
tp takpe, gambar2 lain ade..
hehehe...
Bagi yang memenuhkan inbox fon aku tu thanks juga..
korang ingat juga kat aku kan..
thanks..thanks..thanks....
Sori kalau ade yang tak sempat nak balas..
Balas tahun depan k..hahahaha..

Dah tak tau nak cerita pe lagi ni..
Cukur rrrr...
Nak sambung beraya..hahaha..
Kalau nak tambah pape nanti aku edit..hahaha..
Ok la..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..(",)

HafidzHamzah



Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal..

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat berpuasa di hari terakhir Ramadhan..
Alhamdulillah, Semoga tahun ni sempat ke penghujung Ramadhan..

Rasanya Ramadhan kali ni begitu cepat berlalu..
Sekejap je, dah sampai ke penghujungnya..
Banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ni..
Ada yang manis, dan ada juga yang pahit..
Tapi apa yang penting Ramadhan mengajar kita banyak perkara..
Mengajar untuk jadi insan yang sabar, menjadi insan yang kuat,
Mengajar kita untuk bersyukur, bersederhana dan banyak lagi..
Tapi adakah amalan kita sepanjang Ramadhan ni diterima?..InsyaAllah..
Semoga segala ibadah kita diterimaNya..

Mengimbau kenangan sepanjang Ramadhan 1431 H..
Ramadhan kali ni seperti juga tahun lepas..
Banyak dihabiskan di kolej..Biasa la student kan..hurm..
Sedikit berbeza juga kerana kali ni lebih kerap bersahur berbanding tahun lepas..
Juadah sahur: roti ngan air masak je..huhu..xde masa nak masak..
Berbuka juga tak pernah di rumah (kolej) sendiri..
Sering di rumah seorang sahabat, Mohd Shahswan Nizam..
Thanks padanya yang selalu menjadi teman berbuka..

Memang sentiasa sederhana sepanjang Ramadhan ni, save kot..hehehe..
Tapi sempat juga berbuka bersama teman2 lain..
Idris, Amir, dan teman2 rumah mereka..
Titipan salam buat saudara Khairul Afzan.. Semoga sembuh seperti sediakala..
Tak sempat berpuasa bersama kali ni..
Kesihatannya x Mengizinkan..
Sepanjang Ramadhan juga masing2 sibuk..
menyiapkan assgment yang perlu dihantar sebelum Raya..
Ramai yang tertekan..aku juga(kadang2)..
Tapi sempat disiapkan..
thanks pada yang membantu...

Esok dah nak Raya..
Cepatnya masa berlalu..
Persiapan macam mana..
Kali ni Raya memang sederhana..
Mood nak raya pun sederhana, tak seperti tahun sebelumnya..Tak tau ape silapnya..
Tapi Lebaran kan hari bahagia, semoga membawa kebahagiaan kepada semua..
Jiran2 yang bekerja @ belajar di perantauan pun dah ramai yang balik..
Beraya bersama keluarga..
Tak sabar juga nak merasa juadah raya,
Lemang, ketupat, rendang..emmm...sedap..
Juadah biasa mak: nasi himpit kuah kacang, nasi minyak, rendang..Fuhhh...
Sedapnya..




Raya kali ni agak2 dapat lagi ke duit raya?...Hahaha..
Ada kot yang nak bagi kan..



Akhir kata,
Salam lebaran buat semua..
Buat ahli keluarga, saudara mara, sahabat..
Dan sesiapa sahaja yang mengenali..
Salam lebaran buat teman yang tak dapat pulang beraya..Sabar ye..



Harap kali ini bukan Ramadhan terakhir..
Semoga Berjumpa lagi Dengan Ramadhan seterusnya..
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H..
Semoga Aidilfitri membawa kebahagiaan buat semua..
Wasalam...

HafidzHamzah..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails