Welcome!


Followers

MIA


Thursday, September 30, 2010

" Ladies First"..Istilah Hangit Buat Aku Hari Ni!..


Assalamualaikum...wbt..

Rabu, 29 September 2010..

Awal aku bangun hari ni..
Semata-mata kerana En Kamal..
Siapa En Kamal??...
Beliau Pensyarah bagi subjek Sejarah Eropah..
Hari ni Beliau adakan Test untuk kami..
Jadi gopoh gapah la nak baca note..
Pengajaran bagi yang study last2 minit cam aku nih!..

Tapi bukan tu yang aku nak cerita kali ni...
Tapi kali ni nak cerita sikit pasal ' Perempuan'..
Bila sebut je perempuan macam2 gambaran yang terlintas kan..
Tapi bargantung pada 'taste' masing2 la suka perempuan macam mana..
Istilah " Ladies First" pun tak asing dengan perempuan..
Jadi Lelaki buat2 gentleman la depan perempuan..
Hurm..

Apa yang aku nak cerita begini..
Tadi aku ke kedai untuk print nota En Kamal tu..
Kedai tu memang penuh..
Yelah, masing2 sibuk nak print tugasan..
Minggu hantar tugasan la katakan..
PC kat situ pulak tak banyak..
Sabar je la aku tunggu..

Punya la lama aku tunggu, tiba2 datang sorang perempuan tu potong line aku..
Masa tu kawan dia la kot tengah guna PC depan aku tu..
Bila kawan dia dah siap print, selamba monyet je dia guna PC tu..
Padahal aku kat situ berdiri macam orang bodoh menunggu!..
Memang kurang ajar la perempuan macam tu..
Kalau adik aku dah lama aku hempuk kepala dia..
Dah la buat muka tak besalah..
Macam bagus jer..
Sempat aku intai sikit maklumat dia..
Pelajar semester 3, dari Fakuti Bahasa..
Emm..tapi sayang, memang tak berbudi bahasa langsung!..
REJECTED!!!!!...

1.50 p.m..

Aku ngan wan nak ke kampus..
Hantar paper work pada penasihat kelab..bz la kononnya..
Masa tu student memang ramai kat tempat menunggu bas..
Nak kejar kelas pukul 2..
Bas pulak tak banyak masa tu..
Jadi adegan berebut-rebut bas biasa la berlaku..
Dah mengalahkan budak sekolah rendah bakal2 cikgu ni..
Perempuan pun sama hebatnya..
Sampai aku terhimpit2 kat tengah2 mereka..
Ada yang menjerit, marah2..
Memang la panas..tapi orang lain pun sama..
Tak perlu la nak menjerit-jerit..
Anda yang datang lambat sepatutnya diam jer..
Lagipun anda perempuan..
Beradab la sikit..
Mana ciri2 wanita anda!..

7.00 p.m..

Selesai kelas akaun aku terus bergegas pulang..
Hari macam nak hujan, takot kebasahan..
Agak lengang kat perhentian bas tu..
Tak ramai pelajar..dah ramai yang balik agaknya..
Tapi dalam bas memang penuh..penuh dengan perempuan..
Aku terpaksa berdiri la masa tu..
Sampai kat kolej, seorang 'perempuan' tu beria-ia nak turun..
Dia dapat tempat duduk, tapi bergegas nak turun awal..
Apa salahnya bagi orang yang berdiri turun dulu..
Tak lari kolej dikejar..
Dia boleh pulak mencelah dengan laju depan aku..
Nasib baik aku sempat undurkan diri..
Kalau tak tersentuh la ape yang tak patut disentuh..
Geram betul aku..
Lepas tu boleh dia pandang aku dengan muka yang sinis..
Macam bagus jer..Tapi nasib baik tak tersentuh..
Kalau tak pikir orang nak ambil kesempatan pula..
Muka bukan cantik pun, tak de yang hingin nak amik!..
Kalau cantik, tapi perangai buruk pun tak guna jugak..
Buang karan jer!..

Emm.. Tak faham dah dengan perempuan sekarang ni..
Mungkin istilah "Ladies First" la yg menyebabkan perempuan sekarang makin berubah..
Bukan nak diskriminasi, sekadar berkongsi pengalaman..
Tapi buat perempuan2 baik tu kekalkan sikap baik anda..
Jangan buat perkara yang boleh buat orang menyampah tengok..

Sekian Sudah~..
HafidzHamzah..

3 comments:

  1. huhuhu cian ko erk????tapi yg budak fakulti bahasa tu mmg la...aku pun pernh alami...tapi kes lainla..tapi melibatkan budak fakulti bahasa...tak tahu la diorg ni harap jgn la kerana nila setitik rosak susu sebelanga yer

    ReplyDelete
  2. hurm tak semua perempuan macam tu.
    yang bagus tu ok la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails