Welcome!


Followers

MIA


Friday, December 23, 2011

Cara Jawab Telefon!.. TERBAIK!!!.. :-P

Sebenarnya cara menjawab tepon yang kita amalkan adalah salah..
Dan kebanyakkannya sama..
Terfikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang BETUL?..
Jadi di sini kita akan cuba untuk menukar cara menjawabnya..
(Tak ler BORING kalau jadi OPERATOR tepon).. Hehehe.. :-)

1. Soalan: Haloo, may I speak to Bedah please?..
Jawapan: Maaf, sini bukan Balai Polis!..

2. Soalan: Haloo, siapa di sana?..
Jawapan: Ntah.. Saya kat sini, mana la saya tau sape kat sana..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?..
Jawapan: Nak cakap, cakap je la.. Buat ape tanya saya!..

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?..
Jawapan: Maaf Cik, nombor tak boleh disambung.. Hanya boleh dicampur..

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?..
Jawapan: Mak tak ade rumah.. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli..


6. Soalan: Haloo Timah, buat ape tu?..
Jawapan: Kan saya tengah bercakap dengan awak kat tepon ni..

7. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap dengan Siti?..
Jawapan: Maaf, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya.. Terima Kasih..

8. Soalan: Haloo, tolong penggilkan Samad.. Saya nak bercakap dengannya..
Jawapan: Sila panggil sendiri.. Saya sibuk!.. Maaf..

9. Soalan: Haloo..
Jawapan: Haloo.. Pusat Sakit Mental.. Anda ingin mendaftar?..

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang tanya..
Jawapan: Maaf.. Ini bukan kaunter pertanyaan..

11. Soalan: Haloo, betul ke ni nombor 3234412?..
Jawapan: Sila dail sekali lagi.. Kalau saya masih menjawab betul la tu..

12. Soalan: Assalamualaikum..
Jawapan: Waalaikumussalam..( Tupp!.. Terus letak tepon..Salam wajib jawab)..


P/S: Tu antara cara jawab tepon yang COOL.. Nanti cuba yek!.. Confirm korang kena C*R*T!!..

HafidzHamzah..

Wednesday, December 21, 2011

Apa kaitan Serai dengan Cerai?..

Antara 4 perkara yang akan tetap jatuh sah hukumnya walaupun hanya bergurau ialah CERAI..
Tapi dalam kes ini?..
Hmm....Alahai Abang...

Anak: Ayoh, Mok mintok CERAI..
Ayah: Haaaa?.. (Terus pegi dapur)


Sayang!!!..Bakpe Sayang sanggup wat Abang gini ha?..Doh la suruh anok kabo!!!..

Emak: Mende gok mung ni abang eh, rezak ngoh..xau bende duk bleber!!
Ayah: Pende mende2!!..Doh sayang mitok CERAI tu bakpe?..Pende saloh Abang?..
Emak: Akit pale ngoh la Abang nim, mecot xau kaler.. Sayang mitok SERAI lar bukannya CERAI.. Doh2 r, gi ambik SERAI nung!..Sayang nok gulai ikang pulok nim!..Kang lambat masok bleber pulok ke Sayang..
Ayah: Adehhhh..Dok ingat staram anok kita cakap PELAT op!!..Hehe..


Just LawakKing!.. HeHeHe..
Loghat Terengganu, Tak faham ley tanya k..

HafidzHamzah..

Sunday, December 18, 2011

Awak Kena Faham Saya!..

Awak kena faham kenapa Saya cemburu tengok Awak..
Sebab CEMBURU tu tandanya SAYANG kan?..

Awak kena faham kenapa kadang2 Saya merajuk..
Sebab Saya nak kan PERHATIAN daripada Awak..

Awak kena faham kenapa saya selalu call Awak, sms Awak..
Sebab Saya RINDU kan Awak..

Awak kena faham kenapa kadang2 Saya marahkan Awak..
Sebab saya nak kan yang TERBAIK untuk Awak..

Awak kena faham kenapa Saya suka mengadu dengan Awak..
Sebab Awak lah segalanya bagi Saya..Saya nak Awak je yang tahu..


HafidzHamzah..

Friday, December 16, 2011

Sebab Kenapa Perlu Berhenti Merokok!..

SETIAP batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :


- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :


- Lebih mudah lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok


- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Sumber

- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian

HafidzHamzah..

Tuesday, December 13, 2011

Penjagaan Diri & Kesihatan.

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia semua!..

Kali ni nak cerita sikit pasal diri sendiri..
Bukan apa, hari tu ade orang tanya la..
Beberapa haris lepas dapat mesej kat FB tanya pasal Fiz..
Macam mana Fiz jaga kesihatan, jaga penampilan..
Produk ape yang Fiz guna..
Terasa macam selebriti pulak bila ada orang tanya soalan2 macam tu..
Hahahahhahaha... Perasan sangat kan!..

Sebenarnya apa yang Fiz guna semuanya murah2 dan mampu dibeli sesiapa sahaja..
Ok la korang tengok sendiri k..

1. Penjagaan wajah..

Vaseline Men.


# Sebelum ni Fiz guna Loreal Men & Olay Men..
Tapi kurang sesuai dengan Fiz..
Bila pakai Vaselin ni lagi berkesan..
Kulit makin Bersih..Patut dicuba ya..

2. Rambut..

Gatsby Gel & Shurei Salon System.


# Memang dari dulu suka pakai gel dan water gel je..
Tak minat pakai krim rambut sebab rambut cepat rosak..
Pakai gel senang, dan yang best tak berminyak..

3. Mandian..

Lifebouy Bodywash.


# Penting ni ya..
Selain bagus untuk kulit, turut melindungi daripada kuman..
sekarang ni kuman makin hebat, so pandai2 la ye..

4. Deodorant..

Nivea Men.


# Wajib pakai ya..
Mengatasi masalah bau badan dan keti**..
Walaupun Fiz tak ade masalah tu, tapi tetap kena guna

5. Perfume..

Playboy.

# Pewangi tambahan..
Pakai la yer untuk kekal harum dan segar..

6. Supplement..

Blackmores Bio C.


# Untuk menambah ape yang kurang..
So kena la mam ni..

Sekian..

HafidzHamzah..

Saturday, December 10, 2011

Posisi Tidur Menurut Islam & Sains..

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera..

Kali ni Fizz nak share sikit ape yang Fizz baca kat internet pasal tidur..

Ala..Benda yang korang buat tiap2 hari ni kan..

Sama2 kita baca ya!..

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-


Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Jadi, mana satu cara korang tidur..kalau rasa x sesuai tu boleh la ubah dari sekarang ya..Bukan ape, untuk kebaikan diri kita juga..Tidur yang berkualiti melahirkan insan yang positif, cemerlang serta SIHAT!.. Wasalam..

HafidzHamzah..

Wednesday, December 7, 2011

Isu Kami Bakal2 Guru.. :-)

Minda Pengarang: Graduan ISMP terpilih jadi guru mesti beri komitmen, tak banyak kerenah



2011/12/07

KEMELUT kira-kira 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa digantung tidak bertali oleh Kementerian Pelajaran sudah terlerai. Kelmarin, mahasiswa ISMP lepasan IPTA yang sebelum ini mendakwa dianaktirikan kementerian kerana lebih mengutamakan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk diserap sebagai guru tetap, mendapat jaminan daripada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi sendiri, mereka akan ditempatkan di sekolah menengah seluruh negara mulai Januari ini.


Komitmen kerajaan dalam isu ini amat dihargai kerana ia jelas menunjukkan kerajaan mahu mengatasi masalah pengangguran graduan ISMP, sekali gus memberi petanda jelas kerajaan tidak mengabaikan nasib graduan terbabit, sebaliknya berusaha membantu mereka mendapatkan pekerjaan setaraf dengan kelulusan mereka. Perkembangan ini juga jelas menunjukkan kerajaan benar-benar serius untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan modal insan bagi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang dengan mengambil graduan ISMP menjadi tenaga pengajar di sekolah menengah, sekali gus membantu kerajaan memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Kita juga menghargai kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi menerusi penubuhan jawatankuasa bersama bagi menyelesaikan pelbagai masalah tertangguh yang dihadapi graduan ISMP, terutama dalam soal penempatan sekolah mengajar. Kita berharap Kementerian Pelajaran dapat menggunakan peruntukan RM50.2 bilion untuk sektor pendidikan melalui Bajet 2012 lalu bagi menyelesaikan isu berkaitan guru, termasuk soal penempatan guru yang membabitkan lepasan IPTA. Bagi graduan terpilih, mereka seharusnya bersyukur dengan tidak pula menimbulkan pelbagai kerenah kepada kementerian apabila dihantar bertugas di sekolah luar bandar, kawasan hulu atau pedalaman.

Keprihatinan kerajaan mengenai nasib mereka perlu diberikan balasan sewajarnya dengan memberikan komitmen penuh mendidik anak bangsa supaya menjadi pelajar cemerlang. Pada masa sama, kita berharap GSTT yang ada dan belum diserap sebagai guru tetap tidak bimbang dengan masa depan mereka kerana peluang diberikan kepada mahasiswa ISMP hanya untuk mengisi kekosongan guru di sekolah menengah. Apapun keputusan yang dibuat kerajaan, baik membabitkan lepasan ISMP, institut perguruan dan GSTT, ia hanya bermatlamatkan mahu memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sumber: Berita Harian..

Tuesday, December 6, 2011

Puisi puitis Zahiril buat Sheira Aiyob

Assalamualaikum..

Nak share sikit puisi ni yang aku jumpa masa tgah syok2 main internet..

Best lol puisi ni..

Nak nangis..Nak nangis..Cair beb..

Jom layan...

Puisi puitis Zahiril buat Sheira Aiyob

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

Romantik kan!.. Nangis beb Sheira..

Korang kalau nak Romantik, manja2..kawin dulu k..

P/S: Nak berpuisi gak la masa kawin nanti..hehe..

HafidzHamzah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails