Welcome!


Followers

MIA


Tuesday, April 20, 2010

Debaran Final Exam Sem 2..

Study Smart For Exam!..InsyaAllah Berhasil..

Exam Experience!..Cool Beb!..

Selasa, 2o April 2010..

Assalamualaikum Semua..
Apa khabar kalian?..Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNya..Amin..
Sudah lama tak update blog tercinta ni..memang rindu..
Kali ni terpanggil untuk berkongsi tentang pengalaman menduduki exam!..
Memang banyak pengalamannya..

Hari ni merupakan hari pertama exam untuk sem 2 ni..
Cepat sangat masa berlalu, sem 2 pun dah nak berakhir..
Banyak kenangan suka duka sepanjang sem ni telah ditempuh dengan jayanya..
Kenangan itu la yang akan menjadi pengubat rindu di kala kesunyian kelak..
Memang dah banyak exam telah aku lalui sepanjang hidup ni..
Bermula dengan PTS kemudian UPSR, PMR, SPM, STPM dan bermacam- macam lagi..
Itu semua merupakan kenangan manis yang tak akan aku lupakan sampai akhir hayat ini..

Kali ni nak bercerita pasal Final Exam kat Universiti tercinta ni..
Tapi Kali ni cerita Exam sem 2 la..
So bace baik2 ceritanya..

Pagi ini aku bangun agak lambat sedikit, tapi sempat lagi solat subuh..wajib tu..
Roomate aku dah bangun awal, mungkin dalam jam 6 dia dah bangun..study kot..
Aku ni memang liat nak bangun pagi, biasalah lepas lama bercuti..
Lepas solat subuh aku terus bace sikit ape yang patut, persediaan terakhir gitu..
Sambil ditemani secawan nescafe dan roti..
Memang mengantuk bangun awal2 ni..lgpun belum mandi masa tu..
Dah bace ape yang patut aku melangkah ke bilik air dan bersiap untuk ke kampus..
Dah janji ngan Shaswan Nizam nak bertolak jam 8.15 pg..

Sampai di dewan peperiksaan jumpa mber2 sekelas yang turut ade exam pagi tu..
Nervous pulak bila tengok dewan peperiksaan (DRT)
Beberapa minit sebelum bermula kami semua dipanggil masuk untuk mengisi maklumat di kertas soalan dan jawapan..
Setelah selesai mengisi, tepat jam 9 pagi kami dibenarkan menjawab..
Ada 4 soalan semuanya, dan semua dapat dijawab..
Soalan Kedua agak susah tapi tetap dapat jawab, betul atau tak belakang kira la..
Aku menjawab kesemua soalan dan siap 40 minit lebih awal..
Lepas dah semak 2 kali, aku terus angkat punggung dan keluar dari dewan tu..
Malas nak bazirkan masa kat situ, baik Keluar je dan buat ape yang patut..
Wan pun sama cam aku gak, siap awal jugak..x nak kalah dia tu...
So kami pun ape lagi, balik la sama2..
Sampai di kolej singgah Cafe jap beli makanan untuk lunch..lapar..
Ape pun pengalaman hari pertama memang best..
Harap exam seterusnya esok dan hari2 seterusnya dapat dijawab dengan baik dan jayanya..
Setakat ni dulu, penat dah..Nak layan facebook lak..
Ok.. Wasalam...

HafidzHamzah..

Friday, April 16, 2010


Lelaki di akhir zaman ini

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

*Ade seseorang post nota ni kat saya punya fb wall..
so terpanggil nak kongsi dalam blog ni..
sekadar renungan..

Thursday, April 1, 2010

~Birthday Party Untuk Shahswan~

With Amir Batrisya..Pengarah Program..

Aku n Birthday Boy..

with Birthday Boy..

Tari Batrisya..Fren Forever...

That Birthday Boy!..

Happy Birthday Wan...

Assalamualaikum...
Hurm!..Tak sampai bape hari bersua lagi kita yer...
Bukan ape, ade story la nak tulis ni..
Story malam semalam punya..
Kenangan di hari lahir kot....


Hmmm..semalam aku, amir, afzan, moris dan fitri wat kejutan party untuk wan..

Kat Restoran Santai, Taman Bahtera..Thanks penaja lokasi..hihi...
Ok...
Ceritanya macam ni..
Lepas je habis ujian Sejarah Islam En Kamal, kami ajak la wan pergi makan...

Kat Santai je..tempat lepak tiap2 malam..x nak bagi dia perasan kan..

kalo wat kat kfc ke, pizza ke, secret recipe ke sure la dia perasan...
So santai la menjadi Lokasi penaja kali ni...


Sampai je kami pura2 la order menu, padahal dah berpakat ngan abg kat Santai tu..
hehe..
Wan siap order Jus Tembikai lagi..kui3..Sabor je la..nasib baik x tergelak kat situ...

Party bermula apabila Fitri membawa kek masuk dari pintu belakang..
Tiga batang lilin menyala atas kek tu, tak tau ape motifnya...

Tapi Wan pulak berpaling awal dan nampak Fitri bawa kek tu..Adoi...

Tapi nampak la muka dia cam nerd jew mase tu...


Kami pun ramai2 menyanyikan lagu untuk Wan...

Nampak muka dia terharu..

Dan yang paling best org2 yang makan kat situ turut nyanyi sama untuk Wan...
Dan si dia yang Wan minat dulu pun ade kat situ..huhu...

Lepas tu makanan yang kami dah order awal2 pun sampai...

nasi, tomyam campur, paprik ayam, telur dadar, air limau..
yg paling penting Tiramisu Cake la...
Ape lagi, menjamu selera la kami semua...
Banyak jugak aku makan walaupun dah kenyang sebenarnya..

Dah makan lepas olahraga..

Kek la paling best...
bergambar pun meriah mase tu...

penuh fon..huhu...


Dan Akwalizam pun join sekali malam tu...

Kata Amir hadiah untuk Wan...

Ape2 pun Happy Birthday la untuk Wan...
kawan Selamanya ye...

Sori kalo x cukup sempurna party tu...
hadiah pun biasa2 je kot..
Ape2 pun thanks a lot untuk pengarah program kali ni...Amir Batrisya..

Memang meletup ah...

Akhir kata Selamat Ulangtahun ke 21 buat Shahswan Nizam..
semoga diberkati selalu...

Wasalam....
HafidzHamzah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails