Welcome!


Followers

MIA


Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal..

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat berpuasa di hari terakhir Ramadhan..
Alhamdulillah, Semoga tahun ni sempat ke penghujung Ramadhan..

Rasanya Ramadhan kali ni begitu cepat berlalu..
Sekejap je, dah sampai ke penghujungnya..
Banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ni..
Ada yang manis, dan ada juga yang pahit..
Tapi apa yang penting Ramadhan mengajar kita banyak perkara..
Mengajar untuk jadi insan yang sabar, menjadi insan yang kuat,
Mengajar kita untuk bersyukur, bersederhana dan banyak lagi..
Tapi adakah amalan kita sepanjang Ramadhan ni diterima?..InsyaAllah..
Semoga segala ibadah kita diterimaNya..

Mengimbau kenangan sepanjang Ramadhan 1431 H..
Ramadhan kali ni seperti juga tahun lepas..
Banyak dihabiskan di kolej..Biasa la student kan..hurm..
Sedikit berbeza juga kerana kali ni lebih kerap bersahur berbanding tahun lepas..
Juadah sahur: roti ngan air masak je..huhu..xde masa nak masak..
Berbuka juga tak pernah di rumah (kolej) sendiri..
Sering di rumah seorang sahabat, Mohd Shahswan Nizam..
Thanks padanya yang selalu menjadi teman berbuka..

Memang sentiasa sederhana sepanjang Ramadhan ni, save kot..hehehe..
Tapi sempat juga berbuka bersama teman2 lain..
Idris, Amir, dan teman2 rumah mereka..
Titipan salam buat saudara Khairul Afzan.. Semoga sembuh seperti sediakala..
Tak sempat berpuasa bersama kali ni..
Kesihatannya x Mengizinkan..
Sepanjang Ramadhan juga masing2 sibuk..
menyiapkan assgment yang perlu dihantar sebelum Raya..
Ramai yang tertekan..aku juga(kadang2)..
Tapi sempat disiapkan..
thanks pada yang membantu...

Esok dah nak Raya..
Cepatnya masa berlalu..
Persiapan macam mana..
Kali ni Raya memang sederhana..
Mood nak raya pun sederhana, tak seperti tahun sebelumnya..Tak tau ape silapnya..
Tapi Lebaran kan hari bahagia, semoga membawa kebahagiaan kepada semua..
Jiran2 yang bekerja @ belajar di perantauan pun dah ramai yang balik..
Beraya bersama keluarga..
Tak sabar juga nak merasa juadah raya,
Lemang, ketupat, rendang..emmm...sedap..
Juadah biasa mak: nasi himpit kuah kacang, nasi minyak, rendang..Fuhhh...
Sedapnya..




Raya kali ni agak2 dapat lagi ke duit raya?...Hahaha..
Ada kot yang nak bagi kan..



Akhir kata,
Salam lebaran buat semua..
Buat ahli keluarga, saudara mara, sahabat..
Dan sesiapa sahaja yang mengenali..
Salam lebaran buat teman yang tak dapat pulang beraya..Sabar ye..



Harap kali ini bukan Ramadhan terakhir..
Semoga Berjumpa lagi Dengan Ramadhan seterusnya..
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H..
Semoga Aidilfitri membawa kebahagiaan buat semua..
Wasalam...

HafidzHamzah..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails