Welcome!


Followers

MIA


Monday, August 2, 2010

3 Minggu Pertama Di Tahun 2..

Meniti kehidupan di Universiti memeng penuh dengan kenangan..
Begitu jua dengan kehidupan aku..
Bermula dari bangun tidur, hinggalah masuk waktu tidur lagi semua itu adalah kenangan dalam hidup aku..
Namun sebagai insan biasa yang lemah aku tidak akan terlepas dari kesilapan, namun ade kesedaran untuk memperbaiki kelemahan tersebut..

Kali ini aku akan menceritakan segala yang terjadi dalam tiga minggu pertama pada tahun kedua aku berada di Bumi Suluh Budiman ini, Bumi penuh dengan sejarahnya...

Bermula di sini..

Minggu pertama kuliah agak celaru kerana masih dalam minggu "add drop"..
so ada subjek yang hendah ditambah dan digugurkan..
Hujung minggu tu aku terima pelawaan seorang teman untuk ke kenduri kahwin..
Agak Jauh juga, merentasi Banjaran Titiwangsa..Hehehe..
Kendurinya di Raub, Pahang..
Jadi sempat la bermalam di Raub..
Perjalanan juga sangat menyeronokkan, dikelilingi kehijauan Bumi Tuhan..
Juga merupakan kali pertama aku menunggang motosikal sejauh itu..
Dari Tanjung Malim ke Raub..
Penat Tapi Menyeronokkan..

Suasana Felda..
Aku..Hafidz

Minggu kedua kuliah seperti biasa juga..
Tapi lebih teratur dan lancar aku kira..
Hunjung Minggu kedua aku ke Esset Bangi pula..
Menghadiri Persidangan Kelab Penyayang IPT..
Persidangan selama 3 hari itu sememangnya sungguh bermakna..
Bertambah lagi pengalaman baru..
Di samping teman2 baru..
Pengalaman sebegitu akan tetap aku kenang, dan harap dapat menyertainya lagi..

Bersama Dato' Lela

Kawan2 Baru..

Minggu ketiga pula aku kira minggu yang agak sibuk la..
Banyak assignment sudah mula menerjah..
huh, ape nak buat tugas seorang pelajar..
Namun di hujung Minggunya sangat menarik ye..
Menyertai Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta Perak..
Tempat di mana warga2 emas menghabiskan sisa2 hidup mereka..
Pertama kali aku mengunjungi tempat sebegitu..
Sangat terharu sebenarnya..
Program anjuran Kelab Penyayang UPSI ini sangat menarik..
Diketuai oleh Afzan sebagai Pengarah Program..

Banyak pengalaman sebenarnya berada di sini..
terharu dengan layanan penghuni di situ..
mereka berkongsi cerita, suka dan duka..
Sama2 melakukan aktiviti dengan mereka..
Sangat menghiburkan..

Program Kelab Penyayang UPSI..Bakti Untuk Semua..

Kenangan Bersama Penghuni..

Makcik Yang Sangat Manja..(",)

"Sehari Bersama Sedekad Terasa"..

Aku Rasa cukuplah dahulu..tak nak menyentuh isu2 sensetif ya..
Demi menjaga perasaan orang lain..
Wasalam..

HafidzHamzah..

1 comment:

  1. huhu~xtau nk komen apa??biasala tu khdpn sbg mahasiswa mmg busy..so make sure pndi bhgkn masa..

    saya suka kata2 anda = Namun sebagai insan biasa yang lemah aku tidak akan terlepas dari kesilapan, namun ade kesedaran untuk memperbaiki kelemahan tersebut..huhu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails