Welcome!


Followers

MIA


Tuesday, August 3, 2010

Erti Sahabat!..Masihkah Ada Nilainya?..

Sahabat..
Mengapa Kau Pergi..
Tinggal Aku Sendiri..
Kau Tahu Ku Tak Sanggup..


Sahabat..
Ingatlah Kau Selalu..

Jadi Yang Terbaik..

Walau Kau Tak Di Sini Lagi..


Sahabat..

Aku Rindu Padamu..

Datang Walau Sesaat..

Ku Ingin Kau Hadir..

Suka sangat lagu ni..
Lagu Nyanyian Aizat..

Kadang2 bila teringatkan sahabat akan dengar lagu ni..

SAHABAT..

Tentang Sahabat~Birthday Wan, Sem 2..

Banyak yang boleh dibicarakan mengenai sahabat..

Segalanya bermula dengan satu perkenalan..
Berputik menjadi rasa, kasih dan sayang..

Sahabat bukan untuk dipinta-pinta..
tapi cukuplah dengan memberi dan menerima seadanya..
Kehidupan yang penuh liku bukan untuk menyusahkan kita..
Tapi itulah cabaran yang boleh mematangkan kita..

Sahabat juga begitu, mengajar kita erti sebuah ikatan..

Sahabat juga mengajar aku menjadi insan yang lebih cekal, tabah, kedewasaan..
Tapi kadang2 Sahabat juga yang membuat kita memendam rasa..
Lidah aku kelu kadang2 bila berbicara mengenai sahabat..
Banyak sangat yang yak boleh diluahkan dengan kata2, cukup sekadar dengan rasa..


Walaupun aku tidaklah mempunyai sahabat yang ramai,
tapi cukuplah aku ada sahabat yang memahami dan menerima aku seadanya...

Aku juga seperti insan2 lain, punya kelemahan dan tak terlepas dari melakukan kesilapan..

Tapi kini Erti Sahabat yang kami sama2 bina seakan-akan sudah goyah..

Tak tahu di mana silapnya..

Aku merindui saat2 dahulu..

kami sentiasa bersama, berkongsi segalanya..
Kami Bahagia, tak peduli la ape orang nak kata..

Tapi aku cuba memahami situasi sekarang..
Minat dan kecenderungan kami berbeza..

Aku tak akan sesekali menghalang apa yang diimpikan sahabat2 aku..

Bagi aku kebahagiaan mereka juga adalah kebahagiaan aku..

Aku akan sentiasa ada untuk mereka..

Walau sesibuk mana aku..
Masa bersama sahabat aku rasa kenangan indah dalam hidup..

Selagi aku hidup, aku akan selalu ada untuk kalian semua..
Aku sayang kalian..


Tentang Sahabat~ Birthday Aku Dan Afzan, Sem 1..

Agaknya masih ada lagi saat2 seperti dahulu?..
Sememangnya aku ingin mengembalikan saat2 itu..
Kami sentiasa bersama..suka dan duka..

Tapi apa yang penting jalinan ikatan antara kita tetap ada..

Tak mungkin terputus hingga akhir hayat kita..
Bagi aku kalian tetap di hati..
Menjadi Sahabat aku dunia dan akhirat..

Walaupun aku mungkin jauh di mata kalian..
Doa dan harapan aku tetap bersama kalian setiap selesai sujudku..
Dan walaupun masa kita bersama singkat,
namun saat itu tetap berharga..

sahabat bukan seperti harta, boleh dijual beli..
Tapi ia satu ikatan yang dibina atas dasar kepercayaan, kejujuran, kasih sayang...

SAHABAT
..


Kenangan Indah Sem 1..

Ingatlah bahawa kalian umpama jantung..

mengalirkan darah dalam tubuh untuk aku terus hidup..
Tanpa kalian tidak mungkin aku seperti sekarang..

Dan ingatlah aku sentiasa ada untuk kalian..
Hanya maut yang bisa memisahkan kita..


Mereka Teman, Mereka Sahabat..
Kekal Dunia Dan Akhirat..

Sahabat Sejati, Kekal Abadi..
HafidzHamzah..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails