Welcome!


Followers

MIA


Monday, December 6, 2010

Kadar jangkitan HIV tertinggi di Kelantan!..



KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.


Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.
“Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes). “Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini,” katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan. Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.

Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini. “Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan. “Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV),” katanya. Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan.

Sumber-Berita Harian..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails