Welcome!


Followers

MIA


Thursday, November 25, 2010

Kuiz di Facebook..

Salam Sejahtera..
Salam Penyayang..Salam 1Malaysia..

Semalam aku sempat mencuba satu kuiz kat dalam FB tu..
Saje2 je sebab bosan kan..Nak bace buku agak malas..
Kuiz ni simple je tapi menarik..

Sifat Anda..Api, Air, Tanah @ Angin?..
Setelah mencuba aku tergolong dalam kumpulan Air..


Wah!..Ni hasilnya..

"Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis".

Part Air mata tu betul ke?..
Hehehehehe..
Betul kot..
Tapi bukan sentimental pasal ape pun,
Kadang2 kalo tengok drama2 yg sedih2 ni aku boleh plak menangis..Hahahaha..
Tapi cover2 la, tak tunjuk depan orang..Hehehe..


Part ketulusan hati (lagu Anuar Zain)..
No komen la, Tak nak puji diri sendiri lak..Tak baik riak..
Kalau bab romantis memang hancus..hahahahaha..
Tanyalah pada yang lebih pakar..

So pasangan air ialah Api..
Mood : Mencari Si Api..Hahahaha..

OK la mood nak main air plak..
Sesuai dengan jiwa kan..
Nak mandi ke basuh baju dulu???....
Hehehehe...
Salam...

HafidzHamzah..

Wednesday, November 24, 2010

Mengumpat


Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat. Selalunya orang akan bercakap begini:
  1. "Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia.."
  2. "Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
  3. "Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?


Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.



Terlebih dahulu, mari kita sama2 fahamkan apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan istilah “mengumpat”. Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan/ kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya yg bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan seseorang biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yg mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya perbuatan mengumpat ini, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudaranya sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah ia merupakan antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Tetapi sebaliknya, dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yg diumpatkan (mangsa umpatan). Selagi orang yg diumpatnya tidak mengampunkannya, maka dosa itu akan kekal bersamanya, dan orang yg mengumpat itu akan menerima pembalasannya di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awasilah dirimu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya berbanding berzina. Sesungguhnya orang yg melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat (mengumpat) tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yg diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Petua Mengelak Mengumpat


Ibnu Abbas pernah berpesan -


1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri


2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.



3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”


4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.


Sumbangan Mr Facebook!..

Pagi Itu Indah..

Alhamdulillah..

Baru je selesai solat Subuh..
Agak terlewat, 6:20 a.m. baru terjaga..
Thanks kepada yang kejutkan..

Seperti Biasa, aku jarang tidur lepas subuh..
So amik peluang ni merapu kejap..
Sempat bertenggek kejap kat balkoni 'apartment' aku ni tadi..
Indahnya suasana pagi..

Cuaca di Bumi Tanjung Malim memang agak sejuk di waktu pagi..
Berkabus..Sejuk dan menyamankan..
Bunyi kicauan burung juga kedengaran..
Sibuk mereka mencari makanan..
Begitu juga manusia, mula keluar mencari rezeki..

~sekadar hiasan~

Lihat di kaki langit..
Cahaya2 jingga kelihatan..
Sungguh indah ciptaanNya..
Subhanallah..

~Sunrise~
HafidzHamzah

Monday, November 22, 2010

Aku Exam!..


Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, baru selesai menjawab paper pertama untuk final sem kali ni..
Tadi Paper Marketing!..
Suasana dewan peperiksaan agak berbeza..
Tak ramai yang aku kenal..
Ramai adik2 (Sem 1)..

Dapat lak tempat duduk no 3..Aduhai depan sangat..
Tapi ok la, org cakap no ganjil ni bertuah..Amin..
Soalan agak mencabar, In English (Bahasa Ibunda kot)..hahahah..
Ade beberapa soalan aku tak berapa faham..Tembak jer ler..
Tapi Hopefully dapat results yang terbaik la..
Tak nak hampakan diri sendiri dan org2 tersayang..
Hehehe..Doa2kan la ye..

Lega sikit rasanya..
Lagi 4 paper menanti..
Sejarah Eropah (26/11)
Akaun (1/12)
Wacana Akademik & 3p (4/11)..
Wish Me Luck!!!!...
Salam...

HafidzHamzah...

Tuesday, October 26, 2010

Kelas Terakhir Marketing!..


Assalamualaikum..W.b.t..

Aku baru je selesai kelas untuk minor aku..Marketing!..
Kelas terakhir la di minggu ke 14 ni..
Bersemangat aku bangun pagi tadi..Hehe..
Kelas terakhir katakan..

Tapi kelas ni agak emosi bila pensyarah kami Dr. Zainal tiba2 tegang!..
Bukan apa, student datang lambat dahtu bersembang2 pulak..
Tapi sebenarnya beliau pensyarah yang baik bagi aku la..
Walaupun coursework yg aku dapat ala2 kadar jew..huhu..

Nak cerita sikit la pasal beliau..
First time masuk kelas beliau aku ingatkan aku silap kelas..
Sebab Dr Zainal ni ada 'Chinese face'..
Tapi dia memang melayu..

Aku memang suka dengan perwatakan beliau..
Happy, ceria, suka buat lawak..Jadi kelas beliau menghiburkan..
Susah nak jumpa lecturer macam tu..
Tapi tadi beliau mungin tersentuh sikit bila student buat perangai..
Sebelum ni beliau tak kisah sangat kalau ada student datang lambat..
Pernah sekali tu classmate aku masuk pukul 9, sedangkan kelas start pukul 8..
Confident kan..Tapi beliau tetap ok..Bagi jugakmasukkelas beliau..
Kalau kene lecturer yang agak straight sah2 kene halau..huhu..

Yang aku agak respect bila beliau minta maaf balik sebab marah2 tadi..
Beliau memang berhati lembut..
Aku rasa tak ada kot student yang kecik hati ngan beliau la..
Sebab beliau memang lecturer yang OK!..
Mungkin sebab kelas terakhir suasana agak beremosi kan..
Tu la pasal..


* Hope dapat A untuk paper Marketing!..('',)

HafidzHamzah..


Sunday, October 24, 2010

My Mum!..

Salam Sejahtera!..

Baru je selesai bercakap dengan mak aku kat fon..
Serius..memang rindu sangat kat mak aku..
Walaupun baru beberapa minggu tak jumpa,
Tapi rindu sangat..
Kata orang mak adalah segala-galanya..
Aku pun sama, mak adalah orang yang paling best untuk share masalah..
Walaupun mak aku bukanlah berpendidikan tinggi, namun perhatian yang dia berikan cukup untuk menjadikan aku dan adik beradik aku insan berguna..
Tapi dengan bantuan ayah aku la..hehehe..

Teringat masa aku kecik2 dulu..
Aku memang jenis lasak dan nakal sangat2..
Semua aktiviti aku nak buat..Budak2 biasa la kan..
Mandi sungai,bercamping ngan kwn2..
Lumba basikal..kadang2 dah malam baru balik..
Bila ayah aku naik angin, mak la tempat berlindung..hahaha..sayang mak aku..


Tapi bila aku dapat sorang adik laki aku plak rasa terpinggir..
Rasa macam mak aku lebihkan adik aku plak..
Tapi tu aku punya perasaan je..
Mak aku tak pernah beza2 kan anak2 dia..
Kasih sayang mak sama rata...

Mustahil rasanya kalau ada anak yang tak sayang mak dia kan..
Emm..ape2 pun mak lah yang terbaik..
InsyaAllah aku akan jaga mak aku selagi aku mampu..
Mak tiada penggantinya..
Sayang mak!..('',)



HafidzHamzah..

Sunday, October 17, 2010

Sahabat Di Hati!..


Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Agak lama juga tak update blog ku yang cantik ala2 ni..hahaha..
Kali ni nak cerita pasal kawan2 lama aku mase sekolah dulu..
Aku memang suka berkawan,tapi kawan yang betul2 rapat ngan aku tak la ramai sangat..
Dan mereka la kawan yang aku sayang dunia akhirat..InsyaAllah..

Tetiba rindu kat mereka,
So ada bahan la untuk entry baru ni..
Nak mula ngan sape ye??


Suhadah Bukhari..Ok x?..
Dia antara kawan girl yang paling rapat ngan aku..
Aku kenal dia dah lama, dari sekolah rendah lagi
Tapi start Lower 6 kami rapat..
aku senang kawan ngan dia..
Orang yang ceria,hepi, gila2..boleh wat geng r..
Tapi bila diamarah,abislah kami kena..
Ala3 Mak singa la..hehehe..
Sekarang dia kat UKM, Amik Perniagaan..
Dulu kami pernah plan nak masuk U yang sama..
Tapi takde rezeki..
Tapi kami tak jauh pun..
Aku dah beberapa kali jumpa diakat UKM..cari bahan kononya..huhu..
Rindu kat dia..tapi kami x bercinta, dia pun dah ade BF skrg..
Akhirnya ada juga..Aku selalu dokan yang terbaik buat dia..
Tapi yang aku hargai bila dia ade masalah dia bgtau aku..
Maknanya kepercayaan antara kami masih ada..


Idzuddin Idrus..
Antara kawan laki yang paling rapat ngan aku..
Kami pun kenal sejak sekolah rendah lagi..
Bila masuk sekolah menengah, kami ditempatkan di kelas yang sama..
Bertambah rapat la kami..
Pernah duk asrama sama2..
Aku pun kenal rapat family dia, dia pun kenal family aku..
Family kami pun saling mengenali..agak best la..
Dia ni jenis yang overconfident..
tapi kadang2 dia perlukan sokongan org yang rapat ngan dia jgak..
Aku sayang dia, dah macam adik beradik hubungan kami..
Nama pun dah dekat2..
Tapi sekarang dia di UMS..Jauh di Borneo sana..
Kami jumpa pun setahun sekali..
Tapi memang dah lama x berhubung dengan dia, mugkin dia busy..
Ape2 pun kami tetap kawan selamanya..


Azlina Azman..
Kawan aku yang ni best sket..
Bukan ape,dapat 1 U ngan aku..
Mane?..UPSI la..huhu..
Dia amik Pengajian Perniagaan kat sini..
Orangnya kecil, tapi kadang2 kuat membebel..
Huhu..jgan marah..Dia ni pemalu sikit..Malu2 kucing Parsi gitu..
Aku kenal dia pun agak lama, tapi rapat bila masuk form 6..
Yela, life form 6 lain sikit..Best sangat2!..
Mase solah dulu aku kuat gak mengusik dia..
Tapi kami jenis tak amik ati pun..gurau2 je..
Walaupun kami satu U,tapi nak jumpa dia memang susah..
Sebab lain kos ngan lain kolej..
Jumpa pun bila nak balik kampung..sebab naik bas sama..
Dia ni dah bercinta belum ek?..
Kalau ade yang tau inform2 la ye..hehee..


Kasmaliza Mohamad
Si minah cantik yang ramai scandel..
Hahahaha...gurau jerk..
Orangnya agak cantikla..nak2 tang bulu mata dia..
Ala2 Rozita Che Wan..Boleh??..hehe..
Dia ni masa sekolah kuat benor bercinta..
Orang dah cantik, ramai la nak..
Tapi bercinta2 bagai nak rak,kawan dia cari gak..
Aku kenal dia pun mase sekolah rendah lagi..
Tak silap pernah sekelas ngan dia masa darjah 3 kot..
Pastu bila masuk form 6 kami mula rapat..
Tapi x berani gak lebih2..Takut bf dia jeles lak..hahaha..
Aku kan agak hensem..hahahahahahahaha (statement)
Sekarang dia di USM..aktif dia di sana..
Bila la aku dapat jejakkan kaki ke PULAU MUTIARA tu..
Boleh suh dia bawak jalan2..


Wan Shukri..
Kawan aku from Medan Jaya!..
Aku start kenal dia masa form6..
Sebelum tu dia belajar kat sekolah lain, SMK Rusila..
Aku agak rapatla ngan dia mase lower 6..
Dia tak lama kat Form 6..
Dia amik keputusan nak masuk Politeknik..
Jauh Di utara Semenanjung
Jadi kami hanya sekelas masa lower 6 sahaja..
Tapi kami tetap berhubung..
Senang berkawan sebab sekepala..hehe..
Dia pun dah nak abis blajar..
Tapi katanya mau sambung lagi..
InsyaAllah ada rezeki dapatla sambung..
Masukla kat UPSI..Leh study sesama lagi..hehe


Che Saiful..
Orang yang agak kelakar mase sekolah..
senang berkawan ngan dia..
Kalau dia gelak,abisla..hahahaha
Kami sekelas masa form 6.
Tapi rezeki dia belum ada nak masuk U..
Sekarang dia bekerja di mcD..
Sempat jumpa dia mase balik bercuti dulu..
Hope dapat jumpa lagi cuti nanti..
Ley lepak2kat mcD..
Shuk la blanjer..hahaha



Tu la sikit citer pasal kawan2 aku..
Memang rindu kat mereka..Kalau x, x de la entry ni..
Hope persahabatan kami kekal sampai bila2..
Walaupun masing2 jauh..
Hati kami tetap bertaut..
Kami masih ANAK TERENGGANU..

HafidzHamzah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails