Welcome!


Followers

MIA


Tuesday, April 20, 2010

Debaran Final Exam Sem 2..

Study Smart For Exam!..InsyaAllah Berhasil..

Exam Experience!..Cool Beb!..

Selasa, 2o April 2010..

Assalamualaikum Semua..
Apa khabar kalian?..Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNya..Amin..
Sudah lama tak update blog tercinta ni..memang rindu..
Kali ni terpanggil untuk berkongsi tentang pengalaman menduduki exam!..
Memang banyak pengalamannya..

Hari ni merupakan hari pertama exam untuk sem 2 ni..
Cepat sangat masa berlalu, sem 2 pun dah nak berakhir..
Banyak kenangan suka duka sepanjang sem ni telah ditempuh dengan jayanya..
Kenangan itu la yang akan menjadi pengubat rindu di kala kesunyian kelak..
Memang dah banyak exam telah aku lalui sepanjang hidup ni..
Bermula dengan PTS kemudian UPSR, PMR, SPM, STPM dan bermacam- macam lagi..
Itu semua merupakan kenangan manis yang tak akan aku lupakan sampai akhir hayat ini..

Kali ni nak bercerita pasal Final Exam kat Universiti tercinta ni..
Tapi Kali ni cerita Exam sem 2 la..
So bace baik2 ceritanya..

Pagi ini aku bangun agak lambat sedikit, tapi sempat lagi solat subuh..wajib tu..
Roomate aku dah bangun awal, mungkin dalam jam 6 dia dah bangun..study kot..
Aku ni memang liat nak bangun pagi, biasalah lepas lama bercuti..
Lepas solat subuh aku terus bace sikit ape yang patut, persediaan terakhir gitu..
Sambil ditemani secawan nescafe dan roti..
Memang mengantuk bangun awal2 ni..lgpun belum mandi masa tu..
Dah bace ape yang patut aku melangkah ke bilik air dan bersiap untuk ke kampus..
Dah janji ngan Shaswan Nizam nak bertolak jam 8.15 pg..

Sampai di dewan peperiksaan jumpa mber2 sekelas yang turut ade exam pagi tu..
Nervous pulak bila tengok dewan peperiksaan (DRT)
Beberapa minit sebelum bermula kami semua dipanggil masuk untuk mengisi maklumat di kertas soalan dan jawapan..
Setelah selesai mengisi, tepat jam 9 pagi kami dibenarkan menjawab..
Ada 4 soalan semuanya, dan semua dapat dijawab..
Soalan Kedua agak susah tapi tetap dapat jawab, betul atau tak belakang kira la..
Aku menjawab kesemua soalan dan siap 40 minit lebih awal..
Lepas dah semak 2 kali, aku terus angkat punggung dan keluar dari dewan tu..
Malas nak bazirkan masa kat situ, baik Keluar je dan buat ape yang patut..
Wan pun sama cam aku gak, siap awal jugak..x nak kalah dia tu...
So kami pun ape lagi, balik la sama2..
Sampai di kolej singgah Cafe jap beli makanan untuk lunch..lapar..
Ape pun pengalaman hari pertama memang best..
Harap exam seterusnya esok dan hari2 seterusnya dapat dijawab dengan baik dan jayanya..
Setakat ni dulu, penat dah..Nak layan facebook lak..
Ok.. Wasalam...

HafidzHamzah..

Friday, April 16, 2010


Lelaki di akhir zaman ini

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

*Ade seseorang post nota ni kat saya punya fb wall..
so terpanggil nak kongsi dalam blog ni..
sekadar renungan..

Thursday, April 1, 2010

~Birthday Party Untuk Shahswan~

With Amir Batrisya..Pengarah Program..

Aku n Birthday Boy..

with Birthday Boy..

Tari Batrisya..Fren Forever...

That Birthday Boy!..

Happy Birthday Wan...

Assalamualaikum...
Hurm!..Tak sampai bape hari bersua lagi kita yer...
Bukan ape, ade story la nak tulis ni..
Story malam semalam punya..
Kenangan di hari lahir kot....


Hmmm..semalam aku, amir, afzan, moris dan fitri wat kejutan party untuk wan..

Kat Restoran Santai, Taman Bahtera..Thanks penaja lokasi..hihi...
Ok...
Ceritanya macam ni..
Lepas je habis ujian Sejarah Islam En Kamal, kami ajak la wan pergi makan...

Kat Santai je..tempat lepak tiap2 malam..x nak bagi dia perasan kan..

kalo wat kat kfc ke, pizza ke, secret recipe ke sure la dia perasan...
So santai la menjadi Lokasi penaja kali ni...


Sampai je kami pura2 la order menu, padahal dah berpakat ngan abg kat Santai tu..
hehe..
Wan siap order Jus Tembikai lagi..kui3..Sabor je la..nasib baik x tergelak kat situ...

Party bermula apabila Fitri membawa kek masuk dari pintu belakang..
Tiga batang lilin menyala atas kek tu, tak tau ape motifnya...

Tapi Wan pulak berpaling awal dan nampak Fitri bawa kek tu..Adoi...

Tapi nampak la muka dia cam nerd jew mase tu...


Kami pun ramai2 menyanyikan lagu untuk Wan...

Nampak muka dia terharu..

Dan yang paling best org2 yang makan kat situ turut nyanyi sama untuk Wan...
Dan si dia yang Wan minat dulu pun ade kat situ..huhu...

Lepas tu makanan yang kami dah order awal2 pun sampai...

nasi, tomyam campur, paprik ayam, telur dadar, air limau..
yg paling penting Tiramisu Cake la...
Ape lagi, menjamu selera la kami semua...
Banyak jugak aku makan walaupun dah kenyang sebenarnya..

Dah makan lepas olahraga..

Kek la paling best...
bergambar pun meriah mase tu...

penuh fon..huhu...


Dan Akwalizam pun join sekali malam tu...

Kata Amir hadiah untuk Wan...

Ape2 pun Happy Birthday la untuk Wan...
kawan Selamanya ye...

Sori kalo x cukup sempurna party tu...
hadiah pun biasa2 je kot..
Ape2 pun thanks a lot untuk pengarah program kali ni...Amir Batrisya..

Memang meletup ah...

Akhir kata Selamat Ulangtahun ke 21 buat Shahswan Nizam..
semoga diberkati selalu...

Wasalam....
HafidzHamzah..

Wednesday, March 31, 2010

Kembara Inspirasi 2010..

Barisan Fasilitator Yang Terlibat...

Kembara Inspirasi 2010..
26-28 Mac 2010..
Anjuran Bersama: Gerakan Belia 4B Shah Alam & SMK TTDI Jaya
Dengan Kerjasama: Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

Assalamualaikum w.b.t....
Bersua lagi kat laman blog yang tak berapa ok ni..huwawawa..
Bukan ape nak story sikit ape yang berlaku hujung minggu lalu..
Mane la tau kot ade yang tercari-cari aku kat kolej, tp xde kan..
Aku keluar la, ke Shah Alam...

Storynya begini......



Kami pelajar2 UPSI dijemput oleh Gerakan Belia 4B Shah Alam untuk menjadi fasilitator bagi program anjuran mereka..
so alang2 tak de keje nak buat hujung minggu tu aku pun menjoinkan diri la..
tu pun sebab ade wan dan afzan, kalo x malas gak..huhu..
kami join pun last2 minit dah atas jemputan pengarah program..malam pegi meeting, besok terus bertolak..tragis betol...

Jumaat, 26 Mac 2010..
Selepas bersiap ala2 kadar aku ngan wan tunggu le bas depan KUO tu..
teruja sangat kot nak pergi..hahahaha...
kami bertolak tepat 3.50 petang waktu henset aku la...
bas penuh la, tapi aku duk sorang2 je kat belakang..
perjalanan biasa jew coz dah selalu sangat lalu highway tu...
aku ketiduran sehinggalah sampai ke sekolah tu..

SMK TTDI Jaya, Shah Alam...


Sampai jugak akhirnya ke sekolah tu..
Tak besar sangat sekolah tu, sekolah lama aku berkali ganda besar kot..
Dah sampai kami fasi2 dibawa ke dewan sekolah..
memang tak disangka peserta program tu menunggu kami...
Adoi!..dah la muka baru bangun tidur, nak kena berkenalan pula...
redah je la hafidz oiiii...
Selesai sesi berkenalan, kami ke kantin menikmati minum petang..
Malam tu kami menginap di kelas 5 Bintang la untuk 2 malam..
Nak cakap lebih2 tak perlu kot..
huhu...

Sabtu, 27 Mac 2010..
Program pagi tu bermula dengan senamrobik..
Tapi semua dah sarapan la sebelum tu..
Teruja senamrobik aku duduk atas pentas..first time kot..
Dah selesai senamrobik ade LDK pula kat dewan utama..
Dimulakan dengan ice breaking la..
Ade 3 LDK semuanya pada hari tu..
Memang enjoy la, peserta pun bagi kerjasama yang baik.
Siap boleh bergelak ketawa lagi..
Bakat dan keberanian peserta juga terserlah dalam slot yang kami jalankan..
Aktiviti hari tu berakhir jam 5.30 petang dan bersambung esoknya....

Ahad, 28 Mac 2010..
Hari ahad dimulakan dengan senaman ringan, xde senamrobik cam semalam..
Hari ni kami mengadakan Explorace la pulak...nak kenakan peserta tu habis2..haha..
Aku, Kak Nora, ngan Faris jaga kat gelanggang bola keranjang...
Jadi mata keranjang kami pada hari tu..
Kami buat permainan Langkah Bijak..
So peserta kena fikir di luar kotak untuk sesesaikan permainan tu..
Aku dengan Kak Nora jadi jahat sikit hari tu..
Semua peserta yang datang kami calit dengan tepung yang dah sebati diadun..
hahaha..comot semuanya...
tapi tu la yang akan mereka ingat nanti...
kenangan dicalit tepung...bukan senang nak dapat...
best la semua sporting la...
TTDI Jaya memang best!..ikhlas ni...
Dah selesai main masing2 ke dewan untuk majlis penutupan..

Majlis Penutupan...
Dihandle oleh Kak Putri & Shahril..
Kami fasi2 lain buat persembahan khas untuk tatapan terakhir semua peserta..
kami menyanyi sama2..best kot...
Selesai semuanya kami mula la dengan salam perpisahan...
berpelukan semua dan bersalaman..
ade juga yang menangis..terharu sangat kot..
Tapi program tu memberi makna pada peserta semua..
hurm..selesai sudah..
masing2 bertukar email, fb, no fon..
nak berhubung lagi kot lepas ni...
silaturahim diteruskan..
selesai semuanya kami pun bertolak pulang ke UPSI tercinta jam 3 ptg kot..lupa dah..
Ape2 pun program ni memang best, kalau ade peluang mesti nak join lagi..
ok la dah kebuntuan ayat dan idea ni...
lain kali la cerita lagi...
mungkin malam ni ade benda best nak buat..huhu...
nanti aku story k..memang best ah!..
ok la tu aje untuk kali ni..jumpa lagi..
wasalam...

hafidzhamzah

Tuesday, March 16, 2010

Pesta Konvokesyen Ke-12 ( Sidang 1)..

Persembahan Ramli Sarip...

kamelia by Ramli Sarip...

Mengembalikan Warisan UPSI...

selamat Datang Semua...

Assalamualaikum w.b.t..

Bila dah bosan mula la nak update blog tercinta ni...
cinta la sebab jadi tempat luahan perasaan..
macam orang bercinta juga la...huhu
So, kali ni nak cerita la sikit pasal ape yang berlaku kat UPSI sekarang ni..
buat pengetahuan orang di luar sane...
Sekarang ni sedang rancak berlangsung Pesta Konvokesyen Ke-12..
so aku nak bagitau la ape yang terjadi sepanjang pesta ni...
ade sikit tentatif secara ringkasnya...

Isnin, 15 Mac 2010..
~Pertandingan catur blitz
~Pidato Siswa (Kelab Debat UPSI)
~Sukan Dalaman Menjana Minda
~Gelanggang Tradisional
~Perasmian Pesta Konvokesyen (Artis Jemputan)

Selasa, 16 Mac 2010..
~UPSI Top Host
~Memartabatkan Warisan Bangsa
~Takraw Talent
~Bengkel Rancangan Perniagaan
~Dam Ular Gergasi
~Penciptaan Bahan Terbuang
~Wall Climbing & Basikal Lasak
~Forum Perdana : Soal Hati di IPT

Rabu, 17 Mac 2010..
~Pertandingan Mewarna Kanak2 GLC
~Jelajah UPSI : Mengajar Mahasiswa Berfikir
~Membudaya Ilmu
~Sukaneka
~Malam Puisi Riong
~Artis Jemputan

Sunday, March 14, 2010

Merentas Desa Day..Sabtu, 12th March 2010

peserta wanita sebelum dilepaskan...ramai...

Akwalizam..malu2 pulak dia...

aku, afzan & wan..jejaka berbaju oren..haha

Merentas Desa Day..Sabtu, 12th March 2010..

Salam Sejahtera semua...
cerita baru ni, sabtu kelmarin punya...
Hari Merentas Desa bagi semua pelajar Kursus Olahraga sem ni..
Awalnya aku bangun pagi ni, bukan ape sebab nak pegi Dobi..
pagi2 cam ni best cuci baju, x sesak..
dah siap cuci baju, breakfast jap...nesvita je satu mug..
tenaga nak berlari nanti..

Acara dijangka start jam 8.30 pagi, tp lewat sikit sebab masalah teknikal..
fuh!..memang ramai yg join, hampir gak seribu kot..(anggaran jew)..hehe
kalo x silap ade lima tem besar semuanya (ikut warna baju la)..
kami yg hari rabu olahraga berbaju oren, memang menyerlah sangat..
yg lain warna merah, biru, ungu..memang warna warni lah pagi tu...

Acara dimulakan dengan melepas peserta wanita dahulu..
memang ramai peserta wanita 3/4 kot..
setelah dilepaskan, berkerumunan la dorang lari..cam dikejer sesuatu..haha..
peserta lelaki plak dilepaskan 20 minit++ selepas peserta wanita..
apa lagi lari je la, walaupun pluang nak menang tu susah..
aku masa tu lari biasa2 je..ngan Akwalizam..
wan dan yg lain2 dah kedepan, mengejar top 30 kot..

Laluan agak menarik iaitu ke sekolah tamil dan ladang kelapa sawit..
nasib baik acara tu waktu pagi, jadi xde la panas sangat..
aku masih dengan Akwalizam, alri sambil borak2..boleh kew?..huhu..
dalam 20 minit kot kami berlari, jaraknya pun xde la jauh sangat..
sempat nikmati pemandangan sepanjang laluan..
bkan selalu dapat rasa kan..
waktu sampai ke penamat, wan dan tg lain dah ada ket situ..
di tempat ke 38, x dpt nak top 30..huhu..
xpe la wan cuba lagi...
dah sampai rest jap sebelum acara penyampaian hadiah...
pemenang2 nya boleh tahan la..budak2 atlet...
dah abis, masing2 balik ke kolej..
KHAR la menjadi destinasi aku..
plan utk aktiviti seterusnya...
jeng..jeng..jeng...

HafidzHamzah March 2010..

Sunday, March 7, 2010

Antara KL, Genting Highland, dan Le Tour De Langkawi..

~welcome to Genting Highland!..kota keriangan~

~that's me!..~

~dalam cable car!..gayat kot!..huhu~

Antara KL, Genting Highland, dan Le Tour De Langkawi..

Assalamualaikum..
Ade cerita baru best la ckit nak update blog ni..
saje nak share ngan sape yang sudi luangkan mase bace kan..
macam ni la ceritanya..

Jumaat, 5 Mac..
Aku ngan sorang member Shaswan pi ke KL..
Pi KL nak jalan2 je coz ade orang yg ajak..
Lepas je abis kelas EC pkul 7 terus kami gerak ke KL..
Sampai KL lebih kurang pkul 9 malam..
Dah kat KL terus amik tren ke Bandar Tasik Selatan..janji kat sane..
Dah jumpa ngan dia terus pi makan malam kat area2 situ, ok gak bile tgah lapar kan..
So malam tu tidolah kami kat Bandar Tasik Selatan..

Sabtu, 6 Mac..
Lepas je sarapan pagi tu, kami terus btolak, tp dia hantar wife dia kat Bukit Antarabangsa dulu..so dapat la tengok Banglo mewah Datuk K kat situ..tergamam la jugak..huhu..
Dah hantar wife dia, kmi terus ke plan asal g umah mber dia yg kawin tu kat IAB dan ke Genting skali..
Tp kami (aku n wan) naik dulu ke puncak dengan Cable car..5 ringgit je sorang..
gayat la jugak. x suka tinggi2 ni..
sampai ke genting sempat la pusing2 tengok pmandangan kat situ..best..sejuk..
tp x sangka plak dia pun dah sampai ke puncak mase tu..drive sorang2..
kebetulan hari tu ade acara Le Tour De Langkawi kat situ..
so mase yg ade tu sempat la kami pi tengok acara tu..
banyak juga dapat snap gambar kat situ..
Genting Highland Kota Keriangan..
dah abis kat situ kami turun ke IAB plak, g knduri kawin..
makan2..dah kenyang, gerak balik KL..
sampai BTS pun dah agak ptg..
sampai umah je masing-masing tido..kepenatan..
malam kuar makan malam kat Ani Sup Utara kat Bandar Tun Razak..
dah makan ronda2 KL plak..best la..

Ahad, 7 Mac..
hari terakhir kat KL..
Pagi tu pi mam roti canai kat mamak..roti telur la pilihannya..
lepas makan dia hantar kami ke stesen tren BTS..
so bpisah la sementara..jumpa lagi lepas ni...
amik tren ke Masjid Jamek, nak pi round2 jalan Masjid India kan..
sempat pi Sogo dan Pertama Kompleks lagi..
dah beli barang cket terus la balik Tg. Malim..

hmm..x perlu la nak story ape yg terjadi kat Tg. Malim ni..
memang choi sgat tadi..

k la wsalam...

HafidzHamzah'10

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails