Welcome!


Followers

MIA


Thursday, March 4, 2010

KALAU PEREMPUAN..

Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!



Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...


Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

ksejauh mne kbenaran ni sme???
korg pk r sdri..hahahaa

Wednesday, March 3, 2010

Mengenal Nafsu

Nafsu itu sangat jahatnya,
begitulah Tuhan memberitahu
Di dalam Al Quran ada diceritakan untuk ingatan
Nafsu sifatnya dungu, melulu
Kehendaknya tidak bertepi, apa sahaja dia mahu
Halal atau haram dia tidak peduli yang penting
apa sahaja perlu dimiliki
Kemahuannya sangat dahsyat, hebat
hingga menjadi sesat
Kehendaknya hingga badan penat, dia tidak penat
Badanlah yang terima risikonya
akibat kehendak-kehendaknya
Tuntutan kemahuannya mudarat dan memudaratkan,
rosak dan merosakkan
Masyarakat huru-hara dibuatnya,
manusia pecah-belah kerananya,
peperangan terjadi disebabkannya

Kehendak nafsu tidak pernah puas-puas
Dapat sedikit hendak banyak,
setelah banyak yang dapat terasa sedikit
Hendak tambah lagi, hendak banyak lagi,
cari lagi hingga badan letih dibuatnya
Tamak pun datang, bakhil pun menjelang
Jika tidak dapat dia melukakan hati,
jika dapat dia membungakan hati
Hati pula rosak dibuatnya
Dapat menjadi bangga, tidak dapat kecewa pula
Hati raja diri pun menjadi pengkhianat kepada Tuhannya,
derhaka kepada penciptanya

Nafsu punya angkara, akal fikiran manusia
pula dirosaknya
Cerdik pandai pula dibodohnya, bahkan ditipunya
Manusia berfikir kehendak nafsunya yang melulu
tanpa memikirkan akibat buruknya
Hingga cerdik pandai berfikir sudah tidak normal lagi
Dungu di dalam cerdik, gila di dalam siuman,
bodoh di dalam pandai
Mereka yang telah dikudakan oleh nafsu itulah
yang memikirkan kehidupan manusia
Bila manusia hidup di dalam ketakutan, mereka juga
yang hendak memikirkan manusia yang telah rosak itu
Maka lahirlah kerosakan di dalam kerosakan
Dunia bertambah parah, untuk membaikinya
bertambah bingung dan susah
Maka jalan keluarnya tangkapan demi tangkapan,
hukuman demi hukuman, penjara sesak dibuatnya
Yang masyarakat ikut nafsu, yang jahat ikut nafsu,
yang kena tangkap ikut nafsu
Yang membuat undang-undang ikut nafsu,
yang menghukum ikut nafsu, apa sudah jadi?
Yang jadi dunia sudah dikuasai oleh nafsu
Dunia telah lesu
Dunia sudah jadi neraka sebelum Neraka
Kehidupan di dunia hari ini
sudah tidak ada erti apa-apa lagi
Manusia terancam oleh nafsunya sendiri

~Hafidz Hamzah' 10~

Maaf jika kiriman ini mengganggu anda.
Manusia manalah ada kuasa,

Manusia manalah ada kuasa,
Sekalipun yang berkuasa pandai dan kaya,
Diri sendiri pun tidak dapat dikuasai,
Betapa pula bukan diri sendiri lagilah tidak ada kuasa,
Diri sendiri lemah menguasainya,
Kita bawa beberapa contoh yang mana manusia tidak ada kuasa pada diri,
Bolehkah dia kontrol dari susah hati yang sering sahaja memberang hatinya?
Bolehkah dia sekat sebab-sebab yang menjadikan hatinya menderita?
Bolehkah dia wujudkan gembira setiap masa?
Mampukah dia menyekat bala bencana yang menimpanya?
Seperti miskin, bencana alam, hasad dengki dan orang kata?
Bahkan isterinya adakalanya benci dengannya,
dia tidak dapat membendungnya,
Sekalipun dia raja dan berkuasa,
Semua pertanyaan ini semua orang sudah dapat menjawabnya,
Sungguh lemah manusia itu walaupun dia raja,
tapi mengapa manusia sombong?
Mengapa manusia tidak sedar diri dan mengaku kelemahan?
Mengapa manusia sesama manusia hina menghina?
Padahal semua mereka adalah hina hakikatnya,
Sekalipun raja dan ada kuasa,
Ini menunjukkan manusia tidak kenal diri,
Kalau manusia kenal diri malu dengan Tuhannya,
Tapi manusia tidak kenal diri maka tidak kenal Tuhan,
Maka ramai orang mentuhankan diri sekalipun tidak mengelarkan diri Tuhan,
Tidak terasa lemah diri dan hina diri itu mentuhankan diri namanya,
Sombong itu mentuhankan diri sendiri,
Kerana itulah sifat sombong itu besar dosanya,
Sebab sifat Tuhan telah dipakai pada dirinya,
Dia telah syirik dengan Tuhan tanpa dia sedari,
Kerana dia tidak kenal diri,
Maka dia tidak kenal Tuhannya.

~Hafidz Hamzah'10~

Sekiranya anda tidak berminat dengan kiriman ini, sila maklumkan.

Terima kasih dan harap maaf.

Derma Darah @ UPSI...



Derma Darah @ UPSI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni, bukan ape sibuk sebenarnya. tapi di kesempatan yang ade ni teringin benar nak cerita sikit ape yang terjadi dalam hidup aku yang x seberapa best ni..hehe..
Tadi lepas je siap interview En Ahmad untuk kami punya assignment English Communication, amir, wan dan aku la pergi menderma darah kat Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Nervous la jugak walaupun ni bukan kali pertama tapi dah lama sangat tak menyumbang darahku yang tak seberapa ni. Lepas je daftar, kami terus buat pemeriksaan kesihatan untuk pastikan kami benar- benar layak untuk menderma pada hari ni. Syukur bila semuanya layak dan dibenarkan menderma.
Kali ni aku jadi penderma kedua, nervous gak takut jarum sebenarnya..hehe..tapi semuanya berjalan lancar. Darah aku jenis A, jadi kalau sape2 yang rasa memerlukan darah aku boleh la mintak nanti. Aku bagi free je, x payah bayar pun..hahaha..best la juga menderma tadi, dapat sijil, nurse yang amik darah kami tadi pun baik2 semuanya..harap ade kesemopatan untuk menderma lagi pada masa akan datang..hehe..
Apa salahnya berikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan kan, mane la tau darah yang kita sumbangkan tu dapat memberi sinar dan harapan dalam kehidupan porang lain kan..
k la dah merapu sangat ni, ape2 pun thank la sudi bace tulisan aku ni eh..ok la wasalam..

Hafidz Hamzah '10


Sunday, November 15, 2009

jaLaN- jaLaN laGi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hmm..teringin nak story ckit ape yang blaku semalam2..
Bukan ape, saje nak penuhkan blog ni..hehehe..

Nak Tau?...
BegiNi StoRynya….

Khamis, 12 nov..Amir, Wan, Afzan dan aku skali (mestilah aku ada sebab story aku kan..hehe)

Jalan2, pusing2, makan angin, kuar angin kat KL & Putrajaya..ala cuti2 Malaysia la…

Kteorang bertolak dari KHAR tercinta ni dalam pukul 8.30 pagi agaknya..tunggu abang yang kteorang sewa kereta tu lambat ckit..driver cam biasa la Amir, yg lain xde lessen kan x pasal2 sume angkut masuk balai..hahaha..sepanjang perjalanan xde sebarang masalah la kot, Cuma xsuka tol yg boleh tahan mencekiknya..hahaha..destinasi pertama ambil Afzan kat KTM Serdang..lepas dah amik je Afzan kteorang terus je ke The Mines..

The Mines..Pertama kali datang sini..cantik jugak la tempatnya..tak ramai sangat orang mase tu, mungkin sebab masih awal lagipun hari tu bkan hari minggu. Jadi x ramai sangat orang. Plan asalnya nak tengok wayang kat sini, tp cter yg kteorang nak tengok x de plak..huh..tp sempat la amik gambar kat sini..utk tatapan mase bosan2 n rindu kat mber2 kot..
besar ikan ni..nasib baik tak kena makan..hehe..

Wan, Afzan, Hafidz, Amir...The Mines...

Lepas tu kteorang terus ke Jusco Balakong..xnak bazir masa lama2 (byk lg plan)..sampai je kteorang terus beli 4 tiket filem Pisau Cukur (Gold Digger) , dapat plak pkul 1.45 ptg..sementara tunggu, sempat pusing2 kat Jusco tu..shoping baju jew..sume beli same kaler, dah macam nyamuk kembar aku tengok..hehe..but its ok..lepas tu lunch time kat Secret Recipe..makan2 dan amik gambar..

nyamuk kembar nak tengok wayang kat Jusco!..
lunch @ secret recipe..
sempat lagi nak posing2 kat situ..kesian akak yg keje kat situ kne layan..hehehe..



Shopping dah, makan pun dah..lepas je solat zohor terus masuk nak tengok cter Pisau Cukur. Keseluruhan cter menarik la..komedi+loving2 cket..banyak kali la aku ketawa tp x ganggu orang lain sebab diaorang pun same naik ngan aku..hahaha..

Dah abis wayang terus ke Putrajaya..Pusat Pentadbiran utama Malaysia..kteorang sampai sebelum Asar, sempat la solat Asar kat Masjid baru Kat Putrajaya tu..sangat cantik masjid tu,jenis terbuka..mendamaikan dan menenangkan jiwa..tapi x banyak dapat amik gambar kat Putrajaya sebabnya hujan yg boleh tahan lebatnya..pusing2 dan tengok sekitar tu je la..hmm..
sebelum solat ambik gambar dulu..@ Putrajaya..
aku la ni..kat perkarangan masjid..


Selesai pusing2, kteorang kuar menuju Serdang (hantar Afzan balik kat KTM)..dah hantar singgah kejap rumah amir..solat maghrib+isyak dan makan malam sekali..dalam pkul 9 mlm kteorang berangkat pulang ke Tg. Malim..Sampai Kat Tg. Malim dalam pkul 10.30 mlm..penat la jgak, tp amir lah yg paling penat coz dia sorang je drive..ape2 pun thanks Amir coz bwak kami pulang dgan selamat..
lepas solat amik la gambar jap..kenang- kenangan

hepi coz dpat abiskan satu hari ngan teman2..
Moga persahabatan kita berkekalan..Amin…


posing terakhir sebelum balik..

Hafidzhamzah…

Friday, November 13, 2009

LoVe StoRy....




Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.
Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..

CINTA tidak semestinya diakhiri dengan perkahwinan
Perkawinan tanpa cinta TIDAK semestinya GAGAL
KEYAKINAN, KEJUJURAN dan KEREDHAAN ALLAH adalah segala-segalanya.

CINTAILAH siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai ALLAH kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!..

Tuesday, November 10, 2009

surprise party-7 November 2009@khar (my birthday)

7 NOVEMBER datang lagi..
pagi tu terima banyak ucapan dari teman2, x kira yang dah lama knal mahupun yang baru knal..yang kenal suam2 kuku pun bagi ucapan..
ape pun thanks sume yang ingat n wish bday kat aku..hehe terharu beb!..
malam sebelumnya pun dah ada yang wish..teman2 di skolah lame..ingat jugak diaorang kat aku ni..
tp tetap tunggu lg ucapan dari teman2 yg rapat dan baik ngan aku kat bumi ibu kandung suluh budiman ni.....

pertama kali sambut birthday jauh dari keluarga..
lain jgak rasanya..hmm dugaan anak perantau..
petang tu hujan lebat la jgak, sempat tido sebab bosan tak tau nak buat ape..sebelum tu dapat mesej dari afzan ajak temankan dia keluar makan, katanya takde sape nak temankan..
aku setuju je tanpa ada rasa curiga..orang dah ajak kan..

lepas je solat maghrib boleh pulak aku tertido..hmm hujan yang mengasyikkan..
lepas tu dapat panggilan dari afzan, katanya dah nak gerak dan dia mintak aku ke rumah dia..lepas je solat isyak terus la pgi rumah dia..

ketuk pintu bilik dia, terbuka..pooommmmmm!..

happy birthday to you...
happy birthday to you...
happy birthday to hafiz..
happy birthday to you...

rupa2 nya diaorang dah rancang nak buat surprise party untuk aku..terkejut, terharu, macam nak nangis pun ada..tp tahan malu kat diaorang..hehe..
memang aku tak sangka diaorang akan buat semua tu untuk aku..
nice sangat..dah la masa tu minggu exam..tp diaorang sangat baik..
pertama kali aku dapat surprise party..thanks..thanks...patut la diaorang tak wish..rupa2nya ade rancang sesuatu..

amir, wan dan afzan...

banyak jugak makanan diaorang sediakan..mesti abis banyak kos...
thanks sangat2..korang memang baik...harap persahabatan kita akan kekal selamanya..Amin...
malam yang sangat mengembirakan bagi aku, tidak pernah bayangkan something macam tu..

surprise party..hafidzhamzah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails