Welcome!


Followers

MIA


Friday, February 25, 2011

Selamat Hari Jadi Sahabat..

23.2.2011..

moris-kejutan like2 je

Hari jadi seorang sahabat kat UPSI..
Aji Zul Bin Abd. Latip..
22 tahun dah dia skrg..
Paling tua antara kami semua..
Paling kecil dan paling comel katanya..

Birthday Boy!..22 y0 now

Mula2 kenal gzul ni masa sem satu la..
Tapi dia jenis pemalu sgt2..
Susah nak dgr suara dia..
Tapi skrg dah ok..banyak cakap plak dia..
Menyentap pun hebat!..
Ape2 pun selamat ulang tahun ke 22..
Semoga dimudahkan dalam semua urusan dia..

amir, wan, bday boy & me..

secret recipe k

22 y0 now..

Salam Sahabat..HafidzHamzah

Wednesday, February 16, 2011

Kakiku!..Oh..

Ada jugak entry baru nampaknya..hurm..

KAKIKU..

Bukan Kakiku!..sekadar hiasan.. :-)

Sebenarnya semalam aku terjatuh..
Masa tengah syok2 main netball..
Sakitnya sampai pagi ni terasa..
Malah makin sakit dari semalam..

Hari ni sepatutnya ade kuiz untuk kelas K&I..
Aku pulak tak dapat nak jalan..
So macam mana nak pergi..Adoi..tensen2..
Dah mesej lect tadi, harap2 dapat la ambil kuiz tu lagi..
Markah kot..hurm..

Sakitnya, orang yang pernah kena je tau macam mane..
Sangat sakit..hurm..sabar je la..
Terpaksa la duk kat bilik je hari ni..
Harap2 sangat cepat baik,
Esok ade perbentangan lagi..xkan nak skip lagi..

HafidzHamzah

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day VS Maulidur Rasul..

Hari Kekasih @ Velentine's Day
AMALAN untuk meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) setiap 14 Februari amat bercanggah dengan syara’ kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian dan menjurus kepada kerosakkan akhlak.
Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh unsur maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran yang menjurus kepada gejala seks bebas.
Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan amalan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005.

Melalui sejarah Valentine, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St.Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St.Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Ia turut dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, umat Islam khususnya remaja diminta agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih.

Berikut adalah amalan yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari berkenaan:

1. Berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis atau parti untuk menyambut hari tersebut.

2. Menghantar kad-kad ucapan dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

3. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Adalah juga sangat mengecewakan kerana wujud segelintir pihak yang sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut.
~Maulidur Rasul~

Sejarah Ringkas

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimiah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.)juga dirayakan.Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun,semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa,semua perayaan telah dihentikan.Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.


Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).



Hukum Maulidur Rasul

Seperti yang telah diketahiu,perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi.Ulama' berbeza pendapat akan bolehnya perayaan ini.Kita sebagai masyarakt awam tersepit antara dua pendapat ini,Yang mana kita perlu turuti.Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka.Di dalam kupasan ini,akan di huraikan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu saya kumpulkan...Melalui cara ini,kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat.Dan insyaALLAH,kita akan diberi petunjukNYA.....

Hujah Ulama Yang Membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti. " Ibadat seperti itu adalah bid'ah baik yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia"

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”


Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”


Berikut Adalah Antara Hujjah-hujjah Yang Membolehkan Maulidur Rasul


1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim:5Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”


Berikut Adalah Antara Hujjah Yang Tidak Membenarkan Maulidur Rasul

1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..


Hadis Imran bin Husain r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa".

ibnusinaputra:

# Memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW
# Mengamalkan sunnah Baginda
# Melaksanakan semua suruhan dan menjauhi larangannya
# Mengikuti agamanya
# Mengamalkan cara kehidupannya
# Sentiasa ingat dan berselawat
# Mengamalkan adab kehidupan Baginda ketika susah atau senang
# Memandang berat perkara yang bercanggah syariah
# Membaca dan beriman kepada al-Quran

Setakat sini perkongsian kita, semoga sambutan pada tahun ini membawa tuah dan berkat kepada hidup kita. Banyakkan selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga di akhirat kelak kita beroleh syafaat daripada Baginda..Amin...

sekadar perkongsian

HafidzHamzah..

Friday, February 11, 2011

M.I.M.P.I.

M.I.M.P.I...

Ni la tajuk entri terbaru aku..
Tetiba lak cakap pasal mimpi..
Pe Kene la anak Kak Mah ni..huhu..

Ade la motif dia, takkan saje2 lak..


Aku baru lepas cuci baju ni sebenarnya..Bau lagi sabun ni..hehe..
sebelum tu aku solat asar..
Dan sebelum solat asar tu aku tido..
Dari tido tu la datang mimpi ni..faham ke?..
Harap2 faham la yer..

Tadi aku mimpi atuk aku..
Mungkin sebab lama tak berjumpa, sampai terbawak2 dalam mimpi..
Dalam mimpi tu kami bertemu kat sebuah majlis..
Tak tahu la majlis ape..tapi
Yang pasti bukan AJL atau ABP ye..

Dan dalam mimpi tu atuk aku cakap dia nak pulang dulu..
Mungkin dah lama kot dia kat majlis tu..
Aku pun tak tau..reka je..
Mimpi aku kan, suka ati la..huhuhu..


Tapi part yang x boleh tahan bila aku salam dia..
Mata atuk aku berkaca2..menahan daripada nangis..
Lepas tu dia hulurkan aku not 50..aku ambil..
Not 50 tu lain dari biasa, berkilauan macam emas..????
Dan aku salam dia lagi lepas tu..
Atuk tak nak lepaskan tangan aku kali ni..
Dia pegang erat2..sambil merenung mata aku..
Aku cuba mengerti maksud di sebalik renungan itu..
Masih terbayang2..

Sampai situ je, dan aku terjaga...
Terus aku turun dari katil, ambil wuduk dan solat asar..
Dan berdoa agar semuanya baik2 belaka..
Aku cuba memahami mimpi tu..
Kata orang mimpi mainan tidur..
Tapi kadang2 mimpi ada bawa mksud tersendiri kan..
Dan aku faham.. :-)

HafidzHamzah

Monday, January 24, 2011

Sudah minggu ke-4?..Cepatnya..

Salam sejahtera..
Wah sudah masuk minggu ke-4 kuliah la..
Cepatnya masa berlalu..
Tapi ade lagi 10 minggu tau nak habiskan sem ni..
(x campur minggu exam)

Assignment pun dah makin banyak..
Tugasan luar lagi..
Campur aktiviti kelab..
Sports..
Aduhai..mampu ke ni?..
InsyaAllah..

Nak buat assignment bahan x cukup..
InsyaAllah minggu depan ke UKM or UM..
Cari bahan katanya..gigih kan?..
Harap2 tak melencong la..huhu..
Sape nak join ley je..drop ur fon num..hek3..

Dah la nak siapkan slide tuk tokoh Usahawan..
Hopefully siap ngan cantik dan Terbaekkkk!..

Bye2..layan la lagu best ni..
Khas utk korang!..kui3

Wasalam..

HafidzHamzah

Wednesday, January 12, 2011

Arak!..

Lama dah tak bercerita kat sini..
Kekangan masa tidak mengizinkan..
Cari idea kot ape yang nak ditulis..
Dah dapat idea ade la catatan baru ni..

Arak!..

Terlintas nak cerita sikit pasal arak ni..
Masa cuti semester hari tu aku sempat la keluar jalan2 ngan kawan2..
makan2, lepak2, karaoke!..best la..

Malam tu ade la seorang teman ajak keluar jalan2..
Disebabkan free ikut je la..
Kteorang makan kat satu kedai yg masak Chinese food!..
First time aku makan kat situ..
Not bad!..sedap la maksudnya..

Dan kat situ juga la aku first time tengok orang Melayu minum arak!..
Tapi tak la terkejut sangat, memang benda tu dah lama berlaku..
Tapi bila difikirkan balik benda tu mengaibkan..
Arak tu memang haram bagi orang Islam..
Bila tengok Pakcik tu dengan bangganya meneguk "air haram" tu..
Aku jadi menyampah..
Padahal pelanggan lain yg berbangsa cina tak pula order air tu..
Hurm..Apelah nak jadi..

Dah selesai makan kami cepat2 blah,
Sakit mata nak tengok!..

* Nak share sikit ape yang aku dapat dari internet..


Abul Laits mengatakan, “ Jauhilah minum arak, kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:
  1. Apabila seseorang itu minum arak maka kedudukannya seperti orang gila, akhirnya di menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang yang berakal.
  2. Arak itu boleh menyebabkan hilang dan menyebabkan musnahnya wang ringgit.
  3. Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
  4. Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah S.W.T. dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.
  5. Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin denggan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.
  6. Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat, orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.
  7. Minum arak boleh menyakiti keluarganya dan teman-temannyan kerana mengiringi ketempat fasik.
  8. Orang yang minum arak wajib dihad, di hukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia dia akan di pukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.
  9. Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
  10. Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.

HafidzHamzah..





Monday, January 3, 2011

Semester 4


Hari ni dah bermula sem 4..
Isnin, 3 Januari 2011..
Permulaan di tahun baru..


Macam biasa la, banyak yang baru..
Banyak yang berubah..
Aku?..
Masih seperti dahulu..
Mungkin azam je yang berubah..
Berusaha menjadi yang lebih baik dan 'terbaik'..
InsyaAllah..

Kelas pertama di semester baru takde..
Lecturer x masuk..
Biasa la minggu 1st kan..
Tapi sebelah petangnya ada la..
Kelas Asia Timur Abad ke-19..by Dr. Sufian
Wah belajar negara2 timur la sem ni..
Beralih dari Eropah sem lepas..

Harapnya semester ni semuanya berjalan dengan baik dan lancar la hendaknya..
Semoga segalanya dipermudahkan olehNya..Amin..

HafidzHamzah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails